Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan satu lagi watak puteri Disney, Mulan untuk beraksi di layar perak.

Namun, anda mungkin akan lihat elemen-elemen yang 'asing' kerana untuk versi 2020, pengarahnya, Niki Caro telah membuat beberapa perubahan ketara di dalam filem tersebut, lapor Astro Awani.

Antara perubahan yang dilakukan ialah nama-nama watak di dalam filem tersebut seperti Li Shang diubah kepada Chen Honghui dan pemimpin Puak Hun, Shan Yu diubah kepada Bori Khan.


Bukan sahaja penukaran nama karakter asal malah filem ini turut menampilkan satu watak baharu iaitu, Xianniang, iaitu seorang ahli sihir yang membantu Bori Khan semasa berperang bersama Mulan.

Mulan dibintangi Liu Yifei, Donnie Yen, Jason Scott Lee, Yoson An, Gong Li dan Jet Li.

Filem ini akan menemui anda pada Mac 2020.

Sumber: Astro Awani