Personaliti YouTube, Syahmi Sazli, 25, akui lebih selesa menerima tawaran berlakon bersama dua sahabat baiknya, Asif Suhaimi dan Yoe Parey.

Menurut Syahmi, dia lebih selesa sekiranya dapat bergandingan bersama Asif dan Yoe.

“Sebelum ini ada juga beberapa produksi beri tawaran, tak tahulah macam mana terbuka hati untuk Syif Malam Raya.

“Cuma kalau dilihat sebelum ini tawaran hanya pada saya sahaja jadi kalau saya seorang rasa tak berapa nak best dan selesa.

“Bagi saya, kalau boleh memang saya nak bertiga barulah rasa selesa sedikit,” katanya ketika ditemu bual Gempak.

Berkongsi mengenai pengalaman berlakon bersama produksi besar, ini jawapan Syahmi.

“Alhamdulillah waktu sesi penggambaran segalanya dipermudahkan dan kami tidak terikat dengan apa-apa, bebas dan spontan.

“Tetapi walau apa pun semuanya mestilah tidak lari daripada jalan cerita Syif Malam Raya itu sendiri.

“Maksudnya ada skrip tapi terserah kepada kita bagaimana untuk mengolah dan menambah untuk mencantikkan lagi lakonan itu,” jelasnya.

Selain Syahmi, Asif dan Yoe, Syif Malam Raya juga turut menampilkan barisan pelawak seperti kumpulan Zero iaitu Atu, Sharif dan Syaiful, Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, dan juga aktres Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia serta Shiela Mambo.

Jangan lupa untuk sewa filem raya, Syif Malam buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 21 Mei 2020 (hari ini)

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.


Sinopsis:

Kisah Syif Malam Raya bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.

Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka. Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.