"Mummy Pulak Yang Terlebih Excited, Macam Still Tak Percaya ....." - Mawar Rashid

Rozaimi Zubaidi
Februari 3, 2019 17:33 MYT
Pelakon Mawar Rashid mengakui masih tidak percaya yang dirinya akan bersalin tidak lama lagi.
Menerusi entri di Instagram (IG), Mawar berkongsi gambar terkininya selepas melakukan imbasan ultrasound terhadap kandungannya.
"Baby mummy dah besar sangat dah. Latest pergi 5D scan, first time nampak baby senyum.
"Mummy pulak yang terlebih excited. Macam still tak percaya akan jumpa dengan baby tak lama lagi.
"Tak percaya Mawar akan jadi ibu. Elok-elok dalam perut mummy ya my baby, take care sayang #MawaRafJunior," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk melihat anaknya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi dan mendoakan proses bersalinnya nanti dipermudahkan.
Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri bernikah dengan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017.
#pelakon #Pelakon #Mawar Rashid