“Mummy Suka Layan & Main Dengan Kami, Dah Pandai Makan Shushi” - Anak Shuib Manja Dengan Watie, Lulus Jadi Ibu
Mya Amri
25/06/2023 09:50 MYT
25/06/2023 09:50 MYT
Anak kedua pelawak Shuib, Dzahira Talita Zahra, 11, akui dirinya amat senang dengan Watie.
Menurut Talita atau lebih mesra dengan panggilan Dekta, dia berasa gembira dengan kehadiran Watie ke dalam keluarga mereka.
Selain seorang yang pandai memasak, Dekta juga menyifatkan Watie mempunyai ciri-ciri keibuan.
“Saya gembira dan seronok dengan kehadiran mummy dalam hidup kami. Mummy suka melayan kami bermain dan suka bawa jalan-jalan.
“Sebelum ini, biasanya kami berjumpa mummy pada hujung minggu saja. Walau sibuk macam mana pun mummy akan cuba melayan kami walaupun sekejap.
“Mummy seorang yang suka ketawa, kadang-kadang benda yang kecil pun mummy akan ketawa. Dia seorang yang lembut dan tidak pernah marah,” katanya ketika ditemui Gempak.
Malah kongsi Dekta lagi, Watie juga rajin menemaninya menikmati makanan kegemarannya iaitu sushi.
“Saya suka makan sushi dan sangat menggemari salmon. Dulu mummy tak makan salmon, sekarang dia suka sebab saya ajar dia.
“Kalau masakan pula, saya paling suka mummy masak daging masak kicap,” ujarnya.
Shuib dan Watie selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz malam tadi bertempat di Putra Glass House, Putra Heights tepat jam 8.48 malam.
ARTIKEL BERKAITAN: Gabra Momen 'Blackout', Air Mata Sebak Watie & Bapa Arwah Siti Sarah, Ini 10 Kisah Menarik Majlis Kahwin Shuib-Watie
ARTIKEL BERKAITAN: Dengan Sekali Lafaz, Shuib & Watie Kini Sah Suami Isteri
ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Jadi Syuib! Nama Salah Eja Di Welcome Board, Wedding Planner Pantas Buat Damage Control! - “Kami Terus…”
ARTIKEL BERKAITAN: “When I Need Someone To Talk, Dia Akan Ada Walaupun Cerita Itu Tentang Arwah Sarah…” - Shuib Hargai Watie, Dedah Perangai Isteri
ARTIKEL BERKAITAN: Dengan Sekali Lafaz, Shuib & Watie Kini Sah Suami Isteri
ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Jadi Syuib! Nama Salah Eja Di Welcome Board, Wedding Planner Pantas Buat Damage Control! - “Kami Terus…”
ARTIKEL BERKAITAN: “When I Need Someone To Talk, Dia Akan Ada Walaupun Cerita Itu Tentang Arwah Sarah…” - Shuib Hargai Watie, Dedah Perangai Isteri
Terdahulu, dengan sekali lafaz, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad kini suami kepada Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah (Watie) kira-kira jam 8.47 malam.
Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Putra Glass Hall, Putra Height, Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288.
Dalam pada itu, pihak lelaki juga menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh.