gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nafi Ada Hubungan Istimewa, Angel Dolla Terkejut Nadhir Nasar Muat Naik Gambar Dirinya - “Saya Tak Sangka…”
VIRAL
Wanita Nyaris Lemas, Kereta Terjatuh Dari Feri Di Sungai Kelantan - "Ia Bergerak Selepas Tangan Isterinya Terkena Gear..."
SUKAN
"Kalau Ada Yang Tidak Kena, Beritahulah Saya, Jangan Aniaya Saya” - Faisal Halim
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
GAYA HIDUP

Mumtaz! Merdunya Tengku Permaisuri Selangor Alunkan Ayat Suci al-Quran Dalam ‘Geng Ngaji’

gempak
Khairil Khusyairi
26/03/2025
05:20 MYT
Sponsor Banner
Mumtaz! Merdunya Tengku Permaisuri Selangor Alunkan Ayat Suci al-Quran Dalam ‘Geng Ngaji’
Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, berkenan mencemar duli menjadi Tetamu Diraja dalam program Geng Ngaji yang berlangsung di Astro Oasis pada petang Selasa.
Dalam program tersebut, Baginda mengaji bersama Sheikh Abdul Karim Al Makki, Fakhrul Radhi, serta Ustazah Sofizah Mousin menerusi aplikasi Skype.
Mengalunkan ayat suci al-Quran dengan merdu sekali, Tengku Permaisuri Selangor berkenan membaca Surah Fussilat ayat 44.
Lebih mengujakan, di akhir bacaan, Baginda mendapat maklumbalas serta komen positif daripada ahli panel.
View this post on Instagram
A post shared by TazkirahMalamJumaat (Musim 9) (@tazkirahmalamjumaat)
Dalam masa sama, Baginda turut menyatakan hasrat untuk belajar dengan lebih mendalam mengenai bacaan al-Quran secara lagu atau bertaranum.
Di akhir sesi, Baginda berkenan memberi nasihat kepada seluruh umat Islam agar sentiasa belajar dan mendapat bimbingan dalam menghayati kitab suci al-Quran.
Semoga kehadiran Tengku Permaisuri Selangor memberi inspirasi kepada semua untuk terus bertadarus dalam malam-malam akhir Ramadan, serta berusaha mencari keberkatan malam Lailatulqadar.
Para penonton boleh menyaksikannya Geng Ngaji di Astro Oasis (saluran 106), On Demand, Astro Go, sooka, atau YouTube Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: Geng Ngaji Terima Tetamu Diraja! Tengku Permaisuri Selangor Berkenan Alunkan Ayat Suci al-Quran

Topic Berkaitan
#Tengku Permaisuri Selangor
#Permaisuri
#Hajah
#Geng Ngaji
#Tengku
#Norashikin
#Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor,
Must-Watch Video