Laman Utama
Muncul Instagram Iza Kazar: “Don’t Disturb Me. I’m Happily Married”
Kisah pengarah dan pelakon Syamsul Yusof yang mengaku telah berkahwin dua dengan Ira Kazar beberapa hari lalu masih hangat menjadi bualan di media sosial.
Para netizen melahirkan pelbagai pendapat dan kritikan terhadap keputusan Syamsul berkahwin lagi dan membela isteri pertamanya, pelakon Puteri Sarah Liyana yang disifatkan sebagai wanita teraniaya dan kuat.
Namun selepas memberi kenyataan sudah menikah dengan Iza di Thailand tanpa menyatakan maklumat terperinci, Syamsul yang diasak dengan pelbagai persoalan termasuk ibu dan bapanya mengaku tidak merestui dan mengaku Iza sebagai menantu, terus berdiam diri.
Nama Ira Kazar juga menjadi trending di media sosial. Dia juga diserang netizen dalam Instagramnya sebelum ini dengan nama @irakaza.
Dilaporkan anak perempuan pelakon Kazar itu sempat menyahaktifkan akaun tersebut, sebelum kini dlihat kembali ‘berfungsi’.
Namun, akaun tersebut hanya mempunyai 36 keping foto dengan kali terakhir dimuat naik pada 1 Ogos 2022.
Tidak hanya akaun tersebut, sebuah lagi akaun dengan nama @irakazarofficial turut muncul.
Akaun tersebut dimuat naik dengan foto foto ‘berani’ apabila ia mengandungi enam keping gambar Iza solo serta sekeping foto pernikahannya dengan Syamsul.
Baru diwujudkan sekitar tiga hari lalu dan telah diikuti sekitar 55 ribu pengikut, kapsyen yang ditulis pada biodata akaun ini juga menarik perhatian netizen.
“Don’t Disturb me. I’m happily married (Jangan ganggu saya. Saya bahagia setelah berkahwin.”
Malah Instastory akaun ini juga meninggalkan pesan berbunyi: “Haters jangan kacau life orang #whatcomesaroudgoesaroud.”
Meninjau pada komen yang ditinggalkan, kebanyakan netizen masih meluahkan kemarahan dengan melabelkan Ira sebagai perampas selain mendoakan kehidupannya dengan Syamsul tidak akan bahagia.
Bagaimanapun, kesahihan akaun @irakazarofficial ini diragui sama ada ia benar benar milik Ira ataupun sekadar akaun palsu dan digunakan segelintir individu untuk mengaut keuntungan serta ‘menghangatkan’ suasana.
Must-Watch Video