Hiburan

Ditanya Tentang Emma Maembong, Netizen Suka Komen Selamba Dj Kidd - "Dalam Hati"

gempak
Ainun
02/02/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Ditanya Tentang Emma Maembong, Netizen Suka Komen Selamba Dj Kidd - "Dalam Hati"
Nama pelakon, Emma Maembong sekali lagi menjadi perbualan hangat di media sosial apabila deejay yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengannya iaitu Dj Kidd meninggalkan komen di akaun TikTok.
Tindakan tersebut dilakukan selepas seorang individu bertanyakan mengenai keneradaan Emma dalam video terbaharunya di TikTok.
“Mana Kak Emma?”, komen netizen.
Bagaimanapun, Dj Kidd membalas dengan selamba dan mengatakan bahawa aktres itu berada di dalam hatinya.
“Dalam Hati,” komen Dj Kidd.
Walaupun tidak pasti sama ada komen tersebut hanyalah sekadar gurauan atau tidak, tetapi rata-rata netizen terhibur dan menyukai respons spontan lelaki itu.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
Terdahulu, timbul gosip mengatakan Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 33, sudah berkahwin dengan seorang deejay dikenali sebagai DJ Kidd.
Malah Emma dan lelaki berkenaan turut didakwa bercuti bersama di luar negara berdasarkan gambar tular di media sosial.
Sekadar info, Emma mendirikan rumah tangganya dengan bekas suaminya, Shazli Azhar pada 20 Febuari 2020 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 4 tahun dan Shakil Aryan Shah yang baru berusia setahun.

BERITA BERKAITAN: “Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

BERITA BERKAITAN: Shikin Maembong Ulas Kes Cerai Emma - “Ada Nasihat Jaga Hubungan Baik Dengan Bekas Suami..”

BERITA BERKAITAN: Sah Cerai & Habis Iddah, Netizen Puji Emma Maembong - “Lagi Elok Macam Ni, Tak Perlu Buka Aib Pasangan”

BERITA BERKAITAN: “Bercerai Tidak Semestinya Perlu Bermusuh”- Hubungan Emma Maembong & Bekas Suami Baik

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024