SUKAN
Mungkin Ada Sinar Buat Negeri Sembilan FC? Akmal Rizal ‘Tertunggu’ Kemampuan Daripada Pemain…
Bekas penyerang prolifik negara era 2000-an, Akmal Rizal Ahmad Rakhli menantikan aksi penyerang Luqman Hakim di perlawanan Liga Super 2025-2026 di bawah bimbingan ketua jurulatih, Nidzam Jamil dalam pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC).
Menurut Akmal, dia menantikan kemampuan bekas ketua jurulatih Selangor FC pada musim lalu itu memandangkan Nidzam ialah seorang jurulatih muda yang mempunyai potensi serta melakukan ‘modern style football’ dalam sistem kejurulatihannya.
Keputusan Yang Positif
“Saya lihat dalam beberapa perlawanan pramusim mereka mencapai banyak keputusan yang positif dan yang paling saya nak lihat ialah kemampuan Luqman Hakim selepas hampir empat tahun lebih dia berkelana di Belgium, Iceland dan juga Jepun.
Artikel Berkaitan: Astro Beri Nafas Baharu Liga Malaysia 2025-2026, Tampilkan Dua 'Lagenda' Bola Sepak
Artikel Berkaitan: Astro Beri Nafas Baharu Liga Malaysia 2025-2026, Tampilkan Dua 'Lagenda' Bola Sepak
Artikel Berkaitan: Astro Bawa EPL 2025/26 Lebih Dekat dengan Peminat! 380 Perlawanan Disiarkan Secara Langsung
“Kali ini saya nak lihat bagaimana pembawakan beliau sebagai pemain yang saya harap akan menjadi salah seorang pemain muda yang akan boleh menyinar seperti mana Arif Aiman lakukan,” katanya kepada Gempak.
Tonton temu bual penuh di Youtube dan portal Gempak.com.