SUKAN
Astro Beri Nafas Baharu Liga Malaysia 2025-2026, Tampilkan Dua 'Lagenda' Bola Sepak
Astro kembali untuk musim ketiga sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia 2025-2026.
Dengan 229 perlawanan bakal bersiaran secara langsung dalam definisi tinggi (HD), peminat boleh mengikuti setiap jaringan, detik dramatik dan aksi terbaik dari mana-mana sahaja sama ada di rumah, di stadium atau di hujung jari menerusi pek Astro One dan sooka.
Pendekatan lebih segar
Menurut Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, Astro berbangga menjadi peneraju dalam menyemarakkan lagi semangat ini.“Sepanjang dua musim perlawanan yang lalu, kami telah menyaksikan peningkatan tontonan melebihi 20 peratus dan hampir 24 juta tontonan secara keseluruhan, sekali gus membuktikan bahawa minat terhadap liga tempatan kekal kukuh dan relevan.
“Kami juga terus komited untuk menyokong pembangunan akar umbi melalui kempen ‘Ini Padang Kita’ yang memulihkan dan mengaktifkan semula padang komuniti sebagai pusat melahirkan bakat dan penyatuan masyarakat,” ujarnya.“Untuk musim ini, Astro tampil dengan pendekatan lebih segar dengan menonjolkan barisan pakar bola sepak.“Pakar-pakar ini yang dahulunya pemain profesional, kini akan berkongsi pengalaman mereka di studio untuk membawa perspektif sebenar dari padang ke skrin.
Mengukuhkan lagi komitmennya terhadap bola sepak Malaysia, Astro dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama bersama U Mobile sebagai Penaja Siaran Rasmi Liga Malaysia untuk tahun kedua berturut-turut.
Kerjasama strategik ini bukan sahaja memperluas jangkauan tontonan liga tempatan, malah turut memperkukuh usaha menyemarakkan semula minat dan kecintaan rakyat Malaysia terhadap bola sepak tanah air.
Melalui kolaborasi ini, U Mobile turut komited untuk memainkan peranan aktif dalam menyokong usaha memupuk sokongan dari peringkat akar umbi, seiring dengan matlamat bersama untuk terus mengangkat bola sepak tempatan ke tahap yang lebih tinggi.
Musim baharu lebih menarik
Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan berkata Musim terbaru ini akan menjadi lebih menarik dan penuh kejutan berdasarkan kepada kerancakan kelab-kelab mempersiapkan pasukan masing-masing.“Kehadiran tiga kelab baharu Melaka FC, Imigresen FC, dan kemunculan semula kelab yang berpangkalan di Brunei, DPMM FC, pasti akan mewarnai saingan musim ini.
“MFL yakin dengan kepakaran Astro dalam menyampaikan liputan terbaik secara langsung disusuli dengan program-program menarik dan komprehensif untuk mengukuhkan status bola sepak sebagai sukan nombor satu di Malaysia,” katanya.“Sudah pasti penyokong bola sepak tempatan juga mahu melihat sejauh mana kehebatan pemain-pemain beraksi di saingan domestik pula selepas prestasi memberangsangkan Harimau Malaya di pentas antarabangsa yang saya percaya akan menyuntik keghairahan penyokong.“MFL turut berterima kasih kepada Astro selaku penyiar rasmi Liga Malaysia yang terus menjadi platform utama sebagai penghubung antara Liga Malaysia dan penyokong.
Musim baharu Liga Malaysia 2025-2026 bakal menyaksikan dua figura bola sepak berpengalaman yang akan memberi nafas baharu dalam analisis dan liputan perlawanan.
Mereka adalah penyerang prolifik negara era 2000-an, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan bekas penjaga gol utama skuad kebangsaan, Farizal Marlias.
Gabungan ini melengkapkan barisan sedia ada seperti Zaquan Adha, Safee Sali, Razman Roslan, Nizaruddin Yusof, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dan Datuk Zainal Abidin Hassan.
Menariknya musim ini Astro memperkenalkan kempen ‘Ini Padang Kita’ iaitu sebuah penghormatan kepada padang-padang tempatan yang menjadi nadi dan jiwa bola sepak negara.
Saksikan Aksi Liga Malaysia 2025-2026 di Arena Bola (Saluran 803 dan 804) serta platfom sooka.
Langgan Pek Sports Astro One dengan hanya RM99.99/sebulan atau pelan Sports & Entertainment sooka pada harga RM29.60/bulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Sports dengan hanya RM189.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.
Must-Watch Video