Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menitipkan kata-kata semangat buat pemain perseorangan Lee Zii Jia selepas tewas kepada Chen Long daripada China di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Khamis.

Menurut Chong Wei, Zii Jia lebih menguasai permainan dari sudut teknik, kekuatan dan kelajuan namun kalah kepada rasa cemas kerana ini adalah penampilan pertamanya di sukan berprestij itu.

“@leeziijia, usah kecewa sangat. It was a really good performance. Satu Malaysia tahu anda telah cuba sedaya upaya.

“Dibekalkan lebih pengalaman nanti, Chen Long pastinya sekadar lubuk untuk lu. Bai, Chen Long bukan calang-calang defending champion. Muka je innocent tapi mamat tu memang ligat otak dalam penafsiran taktik pihak lawan.

“Yang penting, dongakkan dagu teruskan usaha. Next Olympic tiga tahun saja. Kejayaan anda bukanlah hilang, tetapi hanya ‘ditangguhkan’,” tulis Chong Wei di ruangan kapsyen.

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial)


Pemenang pingat perak di Sukan Olimpik Rio pada 2016 ini turut memuat naik empat keping foto Zii Jia sewaktu perlawanannya semalam.

Di samping itu, Chong Wei turut mengusik Zii Jia dengan memintanya untuk berlatih di Melaka mengikut jejak langkah atlet angkat berat Filipina Hidilyn Diaz yang berlatih di sebuah kampung sehingga memperoleh pingat emas.

“Maybe lepas ni boleh cari tempat training kat Melaka. Dengar cerita training kat situ boleh dapat emas Olimpik,” tulisnya lagi.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya turut sama memberikan sokongan padu buat Zii Jia untuk dia tidak berputus asa dan teruskan berlatih untuk Sukan Olimpik edisi 2024 yang akan berlangsung di Perancis.

Agree dengan datuk. Dengan penampilan pertama di Olimpik, umur yang masih muda. Yakin next Olimpik dia akan berjaya,” komen seorang wargamaya.

“Caption tak pernah tak lawak,” usik seorang wargamaya.

Muda lagiii! Confirm next Olimpik bawak balik emas. Good game semalam,” kata seorang wargamaya.

Fuh power nasihat dan pujian. Bercampur baur perasaan bila baca. Inilah Chef de Mission yang Malaysia perlukan,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian Chong Wei tersebut telah meraih hampir 200,000 tanda suka daripada pengikutnya.