Penyanyi Faizal Tahir berpendapat kemungkinan rakyat Malaysia boleh menggunakan platform media sosial yang dicipta sendiri.

Pendapat itu disuarakan ekoran maklumat dan perkongsian orang ramai di Instagram boleh dikuasai oleh pihak atasan aplikasi berkenaan dan ada yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Dalam entri sama, Faizal mendedahkan individu memegang jawatan sebagai Ketua Instagram (Head of Instagram) yang merupakan ahli perniagaan Amerika-Israel.

"Padan la, nak post apa-apa lepas ni ingatlah mamat ni akan miliki semuanya yang kita kongsi.

"Sekarang ni, semua yang kita post, bincang, semua yang kita perkatakan, semua ada dalam database dia, fikir-fikirkanlah, harus lebih bijak," tulisnya.

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir)


Dalam pada itu, Faizal juga merasakan rapper dan usahawan Caprice mungkin ada idea tersendiri dalam menghasilkan platform media sosial.

"Mungkin Malaysia dah patut ada media sosial sendiri dalam masa terdekat ni?

"Mungkin @capriceofficial ada idea yang tersendiri," tulisnya lagi.

Perkongsian Faizal itu mendapat perhatian ramai netizen yang turut bersetuju dengannya.