Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim mengharapkan yang terbaik untuk diri dan anaknya Wan Maryam, 4, dalam melawan jangkitan Covid-19 yang mereka hadapi.

Menurut Mawar dia perlu kuat dalam melawan wabak tersebut untuk sihat seperti sedia kala.

“Mungkin ini masa sulit yg dihadapi oleh keluarga sy. Berharap yang terbaik, kesakitan bukan penghalang tetapi memberi kekuatan kepada kami untuk terus lawan.

“Terima kasih yang tak terhingga kepada kalian semua yang berdoa dan memberi kata semangat kepada Double M (Mawar dan Maryam). Kami insya-Allah bertambah sihat.

“Menghadapi masa pandemik ini, saya harus terus meyakinkan diri bahawa saya perlu kuat. Yakin pada diri sendiri agar semangat untuk terus sihat. Apa yg berlaku pasti ada hikmah,” katanya.

Mawar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama anaknya.

Mawar turut mengucapkan terima kasih kepada frontliners yang banyak membantu selama dia dirawata di hospital.

“Kepada semua frontliner, terima kasih yang tak terhingga sanggup mengambil risiko ,bagi memastikan kita semua dalam keadaan selamat.

“Maaf jika saya tidak sempat membalas mesej atau DM doa kalian . Saya amat hargai,” katanya lagi.

Mawar dan anaknya disahkan positif Covid-19 pada 3 Januari lalu dan kini sedang menjalani rawatan dan kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim)