,
Hiburan

"Mungkin Kahwin Tahun Depan Selepas Selesai ..." - Erwin Dawson

Amri Hassan
25/10/2018
11:45 MYT
Pelakon filem Bisik Pada Langit, Erwin Dawson merancang untuk menamatkan zaman bujangnya bersama aktres Julia Farhana tahun hadapan.
Namun, Erwin, 29, menjelaskan dia perlu mengutamakan keluarganya terlebih dahulu sebelum sampai urusannya untuk mendirikan rumah tangga bersama tercinta.
"Buat masa sekarang kami 'go with the flow' dahulu, kalau boleh nak cepat dan harapnya tahun hadapan.
"Kalau boleh nak berkahwin selepas selesai segala urusan ibu saya untuk mengerjakan umrah pada awal tahun hadapan.
"Untuk menyatakan tarikh spesifik rasanya belum ada lagi. Takut nanti orang akan letak pelbagai ekspektasi.
"Lagipun, saya perlu bincangkan perihal kewangan dengan Julia sebelum kami mendirikan rumah tangga," katanya.
Sementara itu, jelas Erwin, dia sudah bertemu ibu kepada pelakon itu yang secara tidak langsung telah mengikat tali pertunangan mereka beberapa bulan lalu.
"Daripada segi agama Islam, saya sudah bertemu dengan ibunya dan menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Julia.
"Kiranya, kami sudah buat perjanjian dan sudah bertunang.
"Saya pun tak tahu kenapa orang asyik bertanyakan tentang hal itu sedangkan majlis bertunang itu sebenarnya adat," tambahnya.
Erwin ditemui pada majlis sidang media Anugerah Skrin 2018 tercalon menerusi dua buah filem lakonannya iaitu Bisik Pada Langit dan Pulang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lerai Spekulasi, Jue Aziz Kembali Bergelar Isteri... Nikah Ogos Lalu

gempak
09/09/2024
07:14 MYT
Pelakon Jue Aziz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Ridwan pada 18 Ogos lalu.
Hiburan

Riena Diana, Keith Foo Tak Mahu Terburu-Buru Kahwin - “Masih Dalam Perbincangan, Kami Dah Bersedia Cuma…”

gempak
02/09/2024
09:25 MYT
Pasangan selebriti, Riena Diana dan Keith Foo akui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Viral

Bersalin Cara Czer, Suami Ugut Isteri Nak Kahwin Lain - "Tak Nak I Dapat Wife Rosak"

gempak
27/08/2024
11:55 MYT
Tidak semua suami mampu menghargai pengorbanan seorang isteri.
Hiburan

Sarah Hildebrand Beri Bayangan Kembali Berhijab & Sudah Berkahwin Dengan Jejaka Mat Salih?

gempak
26/08/2024
05:25 MYT
Pelakon, Sarah Hildebrand baru-baru ini telah memuat naik gambarnya yang kembali bertudung dan bersama seorang jejaka ‘mat salih’.
Hiburan

Lee Minho Cadang Berkahwin - "Saya Rasa Sudah Tiba Masanya Untuk Saya ..."

gempak
25/08/2024
13:55 MYT
Pelakon lelaki Korea terkenal, Lee Minho menyatakan bahawa dia ingin mempunyai keluarganya sendiri pada masa hadapan.