Penyanyi dan usahawan, Siti Sarah Raisuddin berkongsi kisah bagaimana tudung yang diusahakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini sudah menjadi semakin besar.

Bermula dengan niat untuk membantu mereka yang hilang pekerjaan, kini tudungnya mendapat perhatian dan permintaan daripada ramai peminat tudung tersebut.

"Masya-Allah. Pecaya tak, untuk tudung Loveta ni adalah bidang terjun. Masa PKP hari tu, ramai sangat orang kat luar sana hilang mata pencarian.

"Nak dijadikan cerita saya pakai tudung ni ramai pulak yg tanya, jadi saya buka peluang sapa nak jual tudung ni tak payah modal masa tu," kata Siti Sarah dalam satu entri di Instagramnya.

Menurut Siti Sarah, permintaan yang tinggi ketika itu membuatkan mereka tidak cukup kakitangan, tukang jahit tak cukup kain dan barangan lain juga tidak mencukupi kerana permintaan yang tinggi.

"Mungkin kerana niat lillahitaala nak tolong orang, Allah permudahkan segala urusan. Alhamdulillah sekarang kita dah ada beberapa kilang yg mampu keluarkan tudung mengikut permintaan kita.

Masyaallah.. pecaya tak , untuk tudung loveta ni, adalah bidang terjun.. masa pkp hari tu, ramai sangat org kat lua sana hilang mata pencarian,nak dijadikan cerita saya pakai tudung ni ramai pulak yg tanya , jadi saya buka pelung sapa nak jual tudung ni tak payah modal masa tu .. sampaikan kami tak cukup kaki tangan.. tuka g jahit tak cukup kain tak cukup semua tak cukup kerana permintaan terlalu tinggi .. mugkin kerana niat lillahitaala nak tolong org Allah permudahkan segala urusan .. Alhamdulillah sekarang kita dah ada beberapa kilang yg mampu keluarkan tudung mengikut permintaan kita ♥️ dan warna ni adalah warna paling laku keras ainul ..wara ainul sahaja terjual lebih kurang 10k helai Alhamdulillah sekarang warna ainul ni dah ada dalam stok kalu berminat boleh dapatkan dari agen kami ?

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on


"warna ni adalah warna paling laku keras, Ainul. Warna Ainul sahaja terjual lebih kurang 10 ribu helai. Alhamdulillah sekarang warna Ainul ni dah ada dalam stok, kalau berminat boleh dapatkan dari agen kami," tulis Siti Sarah lagi.

Siti Sarah bersama suaminya Shuib Sepahtu turut mengusahakan kedai minuman BubbleBee yang kini sudah membuka beberapa cawangannya, selain menjual madu lebah dan jenama alat soleknya sendiri iaitu Ratasya Cosmetics.