Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Mungkin Mereka Ini Lemah Dalam Pergaulan & Kurang Belajar Tentang Adab” - Haqiem Rusli

Ainun 07/12/2024 | 21:55 MYT

Penyanyi, Haqiem Rusli meluahkan pendapatnya tentang gurau senda yang sedikit kasar.

Menurut Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 26, setiap gurauan perlu kena pada tempat dan situasi.
“Kadang-kadang memang ada manusia bergurau tak kena tempat dan topik.

“Langsung tak reti bezakan mana gurauan kasar atau gurauan biasa”, katanya menerusi kapsyen di Instagram Story.

Tambahnya lagi, dia sempat berkongsi pengalamannya sering bertemu dengan individu luar yang memiliki sikap seperti itu.
“Saya selalu jumpa orang macam ni.
“Mungkin mereka ni lemah dalam pergaulan dan kurang belajar tentang adab.
“Pesanan untuk diri saya juga,” kongsinya.

BERITA TRENDING: Bolot 7 Trofi, Imaginur Dinobatkan Filem Terbaik FFM33

BERITA TRENDING: FFM33: Filem 'Sheriff Narko Integriti' Rangkul Anugerah Khas Filem Box Office

BERITA TRENDING: Lia Aziz Jawab Spekulasi Rumah Tangga Sedang Goyah, Berteka-Teki Status Terkini Bersama Suami – “Yang Mana Tahu, Tahulah”

BERITA TRENDING: Pakcik Jual Teh Tunai Umrah Dengan Isteri - “Nanti Lepas Balik, Pak Sun Akan Bina Warung…”

#Haqiem Rusli #Belajar #Adab #Biadap #Gurau #Senda
;