Skip to main content

Budaya Popular

Bolot 7 Trofi, Imaginur Dinobatkan Filem Terbaik FFM33

astrogempak_imaginur-menang-ffm33.png

Filem Imaginur arahan Nik Amir Mustapha diumumkan sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM33) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media malam tadi.

Filem arahan Nik Amir Mustapha itu turut memenangi enam anugerah lain iaitu Penataan Seni Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Penyunting Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Pengarah filem, Nik Amir Mustapha memzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan kepada naskhah tersebut. 

“Terima kasih kepada juri, pihak Finas dan penonton. 

“Tanpa penonton yang sokong filem kita, kami tak akan sampai ke tahap ini.

“Begitu juga kepada pihak media dan blogger.

“Tahniah juga kepada calon yang lain dan kami sangat bangga dengan anugerah ini,” katanya sewaktu ucapan. 

Kejayaan itu menyaksikan penerbitnya membawa pulang trofi serta hadiah utama Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000.

Bersaing hebat dengan Imaginur adalah filem arahan Jin Ong, Abang Adik.

Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik menjadi milik Susan Lankester menerusi filem Rain Town, manakala Pelakon Lelaki Harapan dimenangi Jack Tan. 

Sementara itu, pemenang bagi kategori Anugerah Seniman Sepanjang Zaman diberikan kepada A Galak. 

Filem Terbaik: Imaginur 

Must-Watch Video

Advertisement