Hiburan
"Mungkin Mereka Suka Tengok Saya Melacur Dari Buat Kerja Elok" - Sajat
Selepas mengaku melakukan pembedahan jantina, usahawan kontroversi, Sajat sering melakukan sesi luahan perasaan di Instagram (IG) miliknya.
Menerusi sebuah entri, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, menyatakan dia tidak pernah mempunyai rekod ditangkap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melibatkan aktiviti pelacuran.
Namun, Sajat kesal apabila kali ini dia digari kerana melakukan sedekah dengan berpakaian wanita.
"Mungkin mereka suka tengok saya melacur dari buat kerja elok kot!!! Yer lah!! Saya mana ada rekod kena tangkap OPSs tangkapan pelacuran bawah JAIS!!!
"Tapi kena tangkap OPSs tangkapan buat sedekah!!! Dan orang macam saya ini tak layak dalam agama saya sayang..
"Orang macam saya ini tak layak untuk hidup macam orang biasa!!! Memang kena duduk kat lorong, buat kerja urut atau pun melacur online!!!
"Buat sedekah tu adalah mainan agama!! Pakai perempuan pulak (pakaian sopan).. Walaupun dah mempunyai kemaluan wanita!!!" tulisnya.
Tambah Sajat, dia merasakan dirinya ditindas serta tidak mendapat hak asasi manusia yang sepatutnya.
"Nasib nasib. Bayar zakat, bayar LHDN, bayar tax, bayar GST!! Tapi saya tak dapat hak asasi manusia!! Semua kena tindas!!!!
"Nasib nasib.. orang Jabatan Agama (JAIS) buat kita macam ini.. Sabar lah Sajat," tulisnya lagi.
Pada Rabu lalu, JAIS mengesahkan Sajat disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.
JAIS dalam kenyataan memaklumkan siasatan terhadap Sajat dibuat berikutan terdapat beberapa aduan yang diterima mengenai perlakuannya pada 2018 dan 2020.
Must-Watch Video