Laman Utama

Akhirnya ‘Nur Sajat’ Mengaku Buat Pembedahan Jantina, Tertekan Didiskriminasi?

gempak
Fiza Kamarudin
12/01/2021
02:09 MYT
Sponsor Banner
Akhirnya ‘Nur Sajat’ Mengaku Buat Pembedahan Jantina, Tertekan Didiskriminasi?
Selepas beberapa hari mendiamkan diri kerana kejadian digari pada minggu lalu, usahawan kosmetik ‘Nur Sajat’ tampil menceritakan perkara sebenar.
Sajat menerusi sebuah video IGTV di Instagram @nursajat23, menceritakan kisah sebenar dia digari pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehingga ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bharu.
Menurut Sajat dia mendapat layan yang tidak wajar walaupun sudah memberikan kerjasama apabila dipanggil untuk siasatan oleh pihak JAIS.
Katanya siasatan dilakukan kerana laporan yang dibuat pada 23 Ogos 2018, kerana berpakaian wanita ketika mengadakan majlis doa selamat di Wisma Nur Sajat, Seksyen 16 Shah Alam.
“Laporan report pada tahun 23/2/2018 pada masa itu saya ada membuat majlis doa selamat dan bacaan yassin bersama budak2 tahfiz di wisma saya seksyen 16 Shah Alam.
“Saya pendekkan cerita, saya dilayan tidak wajar, walaupun saya datang memberi keterangan dan kerjasama pada pihak JAIS.
“Hak saya sebagai manusia yang telah memberi kerjasama telah direman ditahan di pusat tahanan sementara di Kuala Kubu Bahru,” katanya.
Sajat turut mendakwa pihak JAIS sengaja melengah-lengahkan surat jaminan termasuk dicederakan dan digari sehingga mengalami bengkak tangan serta badan kerana bergelut untuk mempertahankan diri. Dalam pada itu Sajat turut membuat luahan yang mengejutkan apabila mengaku membuat pembedahan jantina menerusi ruangan IG Story.
Menerusi beberapa kenyataan dimuat naik, Sajat kelihatan seolah-olah kesal dengan diskriminasi sesetengah pihak terhadap golongan sepertinya.
Sajat turut mempersoalkan tentang adakah kebaikan dalam agama berpandukan kepada pakaian semata-mata?
Menguatkan lagi gambaran pemilik Nur Sajat Gold itu sedang berada dalam keadaan tertekan apabila menyatakan Islam berat buat dirinya dan bertanya kepada pengikut samada dia patut keluar dari agama. Sementara itu, menerusi ruangan sama Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman turut berkongsi beberapa pandangan netizen.
Antara komen yang dikongsi ialah pendapat netizen mengenai layanan kurang baik oleh JAIS ketika Sajat hadir dengan cara baik untuk membantu siasatan.
Rata-rata berpendapat sungguhpun Nur Sajat seorang transgender dia tidak wajar dilayan dengan buruk dan kasar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live