HIBURAN
“Mungkin Neelofa Saja Yang Nampak Saya Ini Handsome” - PU Riz
Video memperlihatkan pendakwah selebriti, PU Riz atau Haris Ismail menjadwab pertanyaan mengenai perkenalan dengan isterinya, Neelofa meraih perhatian warganet.
Jodoh pertemuan
Enggan berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu, PU Riz bagaimanapun menganggap jodoh pertemuannya dengan Neelofa sudah tertulis.
“Itu jodoh. Kalau nak cerita macam mana boleh tertarik itu, cerita dia panjang sikit.
“Saya rasa saya pun tak mahu cerita,” kata PU Riz ketika ditanya oleh pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor menerusi podcast Suhan Channel Official di TikTok.
Tiada godaan
Dalam pada itu, pendakwah berusia 29 tahun itu berkata dia tidak pernah digoda wanita lain sepanjang menjalani hidup sebagai suami dan seorang ayah.
ARTIKEL BERKAITAN: Ucapan Istimewa Haris Ismail Buat Putera Sulung, Luah Rasa Sayang & Cinta - “Januari Dalam Hidupku Tidak Lagi Seperti Dulu”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Syak Neelofa Sedang Hamil Anak Ketiga, Ini Jawapan Tuan Badan - “Perut Berisi…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Sentuh Bab Personal…Tak Beritahu Semua Orang” - PU Riz Kongsi Cara Beri Nasihat Pada Ahli Keluarga
Malah dia juga menganggap hanya Neelofa sahaja yang melihat dirinya tampan.
“Tiada orang goda. Mungkin Neelofa saja yang nampak saya ini handsome kot,” ujarnya lagi.
Rata-rata netizen memuji cara PU Riz menjawab soalan berkaitan isteri selain mereka turut mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal hingga ke syurga.
Untuk rekod, PU Riz mendirikan rumah tangga dengan usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 4 dan Abdullah Abbas, 2.
undefined