Hiburan

Netizen Syak Neelofa Sedang Hamil Anak Ketiga, Ini Jawapan Tuan Badan - “Perut Berisi…”

gempak
Asyikin Mayudin
04/01/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Syak Neelofa Sedang Hamil Anak Ketiga, Ini Jawapan Tuan Badan - “Perut Berisi…”
Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa tampil menafikan dirinya kini sedang hamil cahaya mata ketiga seperti yang didakwa seorang netizen di laman sosial.

Nafi mengandung

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Nor, berkata badannya kelihatan berisi disebabkan dia gemar makan makanan Thailand.

“Perut berisi tomyam dan ikan stim limau,” tulisnya ringkas membalas komen netizen.

Penjelasan itu dibuat selepas ada netizen meninggalkan komen mengatakan perubahan fizikal isteri kepada pendakwah Haris Ismail kelihatan ‘berisi’.

Perubahan fizikal

Selain individu tersebut juga bertanyakan adakah anak keduanya iaitu Abbas bakal menjadi abang.

“Giliran Abbas jadi abang pula ke? Tengok macam Cik Lofa tengah ‘berisi’ saja.

Untuk info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 4 dan Abdullah Abbas, 2.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tanya Kenapa Dahi Neelofa Ada Parut, Jawapan Spontan PU Riz Buat Ramai Terhibur - “Dahi Dia Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN; “Semoga Jumpa Suami Yang Sempurna” - Soal Jodoh, Neelofa Titip Doa Buat Ameera Khan

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz, Ustazah Isfadiah Dilantik Ikon Jemaah Haji - "Apa Akan Jadi Selepas Balik Haji Itu Yang Penting"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024