Hiburan
“Mungkin Orang Luar Tak Suka Dia Atau Dengki…” - Chacha Maembong Pertahankan Kakak, Nafi Emma Dah Kahwin Dengan DJ
Pelakon,Chacha Maembong enggan mengulas mengenai isu yang melibatkan kakaknya yang juga pelakon, Emma Maembong yang didakwa sudah berkahwin dengan seorang deejay yang dikenali sebagai DJ Kidd.
Chacha atau nama lengkapnya Siti Aishah Ismail, 28, berkata isu tersebut tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanyalah fitnah semata-mata.
“Mana ada Emma kahwin lain. Mungkin orang luar tak suka dia atau dengki dengan dia, kan? Bagi saya, cukup-cukuplah kecam kakak saya sebab dia ada anak dan dia sedang berusaha keras.
“Takkanlah benda kecil macam ni pun nak diperbesarkan. Benda itu pun sebenarnya tidak betul. Mengenai posting itu, saya sendiri tak tahu sebab saya tak tengok pun sebenarnya.
“Kalau ada keluar kenyataan mengatakan kakak saya dah kahwin, memang tidak benar. Itu semua tipu sahaja. Dia ada di rumah bersama anak-anaknya,” katanya kepada Gempak.
Chacha berkata demikian ketika menghadiri tayangan perdana filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 yang berlangsung di The Starling Mall, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, pada Isnin malam.
BERITA BERKAITAN: Enggan Ulang Kesilapan Lama, Chacha Maembong Hanya Kongsi Kisah Cinta Bila Tiba Masa Sesuai - “Kalau Tak Jadi Kahwin Nanti…”
BERITA BERKAITAN: Ruhainies ‘Gone’ Selepas Isu Petik Nama, Chacha Maembong Profesional Jika Ada Projek Bersama - “Saya Tak Suka Gaduh Dalam Industri”
Tambahnya lagi, aktres itu meluahkan rasa simpati terhadap kakaknya yang berusaha keras untuk mencari rezeki demi anak-anaknya.
Namun, kakaknya terpaksa berdepan dengan pelbagai reaksi negatif daripada netizen, yang membuatkan dirinya berasa kasihan dengan dugaan yang menimpa Emma.
“Kesian dekat kakak saya sebab dia cuma nak bekerja untuk mendapatkan rezeki buat anak-anak, tapi bila dia dapat maklum balas macam ni, saya betul-betul kesiankan dia. Dia baru nak bangkit.
“Setiap orang ada dugaan masing-masing. Mungkin orang di luar sana ada yang benci dan dengki, lagi-lagi sebab dia dah solo,” luahnya.
Pada masa sama, Chacha turut menyatakan tiada gunanya untuk membalas atau mempertahankan sesuatu isu jika orang lain tidak memahami situasi sebenar.
Baginya, apa yang penting adalah dia sentiasa berada di sisi kakaknya itu.
“Tak ada motif nak keluarkan kenyataan sebab kami tidak suka perhatian. Jadi, untuk apa berbalas sedangkan perkara itu tidak betul.
“Pada akhirnya, orang takkan faham dan tak tahu situasi yang kami hadapi sekarang ni. Kalau kami cuba mempertahankan pendirian kami, orang akan cakap kami poyo. Apa yang saya boleh katakan, abaikan sahaja.
“Andai perkara itu memang betul-betul memburukkan nama kakak saya, saya sendiri akan bersuara.
“Saya sebagai seorang adik, saya akan mempertahankan kakak saya. Bila mana dia perlukan saya, saya akan sentiasa ada. Saya tak akan penat pertahankan kerana dia kakak saya,” jelasnya.
Terdahulu, timbul gosip mengatakan Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 33, sudah berkahwin dengan seorang deejay dikenali sebagai DJ Kidd.
BERITA BERKAITAN: “Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga
BERITA BERKAITAN: Shikin Maembong Ulas Kes Cerai Emma - “Ada Nasihat Jaga Hubungan Baik Dengan Bekas Suami..”
Malah Emma dan lelaki berkenaan turut didakwa bercuti bersama di luar negara berdasarkan gambar tular di media sosial.
Sekadar info, Emma mendirikan rumah tangganya dengan bekas suaminya, Shazli Azhar pada 20 Febuari 2020 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 4 tahun dan Shakil Aryan Shah yang baru berusia setahun.