Pelakon Que Haidar mengakui tidak senang dengan cara pendekatan sesetengah produksi ketika menawarkan pekerjaan atau peluang berlakon kepada pelakon.

Menurut Que, dia tidak setuju dengan cara etika kerja mereka yang terlebih dahulu bertanyakan kelapangan waktu pelakon dalam satu-satu tarikh tanpa membentangkan apa isi projek filem atau drama tersebut.

“Mungkin pelakon lain boleh tutup mata, tapi saya memang tidak gemar bila anda nak saya menyertai sesuatu projek anda bertanya tentang kelapangan tarikh saya dahulu. Maaf sekali lagi.

“Saya rasa etika kerjanya tak betul. Anda sepatutnya bentangkan apa isi projek tersebut, pengarahnya, jalan ceritanya, wataknya, pemain-pemain yang lain, lokasinya dahulu.

“Biar pelakon itu sendiri bertanyakan tarikh tersebut. Ini bukan untuk pelakon saja tapi gunakan cara ini dengan semua pekerja filem.,” katanya.

Que mendedahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Que memuat naik perbualan wakil produksi yang memberi tawaran berlakon itu.

Pelakon filem Castello itu bagaimana pun sekali lagi meminta maaf kerana dia terpaksa menolak tawaran tersebut.

“Maaf sekali lagi saya terpaksa tolak tawaran anda sebelum saya ambil tahu tentangnya,” tegasnya.

Que sudah berkecimpung dalam dunia seni lakonan dengan membintangi banyak filem dan drama sejak 15 tahun lalu.

Mungkin pelakon lain boleh tutup mata, tapi SY memang tidak gemar bila anda nak SY menyertai sesuatu project anda bertanya tentang date SY dahulu. Maaf sekali lagi.. SY rasa etika kerjanya tak betul. Anda sepatutnya bentangkan apa isi project tersebut, directornya, jalan ceritanya, wataknya, pemain2 yg lain, lokasinya dll. Biar pelakon itu sendiri bertanyakan date tersebut. Ini bukan utk pelakon saja tapi gunakan cara ini dgn semua pekerja filem. Maaf sekali lagi SY terpaksa reject tawaran anda sebelum SY ambil tahu tentangnya ??????

A post shared by Tengku Iskhan Shah Tg. Haidar (@the_haidars) on