Pelakon Lana Nodin meminta orang ramai untuk berhenti mengamalkan diskriminasi tentang isu berkaitan dengan vaksinasi COVID-19.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Lana memaklumkan kebanyakan syarikat penerbangan dan masyarakat di luar negara lebih bersikap terbuka dan tidak mendiskriminasikan mereka yang tidak mengambil vaksin.

"Mungkin ramai yang tak tahu, sampai lah kita sendiri sudah berada di luar negara yang kebanyakan syarikat penerbangan dan kebanyakan negara lain tidak diskriminasi tentang vaksin.

"Jangan mudah percaya berita-berita palsu atau berita mulut ke mulut kerana itulah mulanya Fear Mongering," kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, Lana juga menyatakan pendapatnya bahawa pengambilan vaksin COVID-19 adalah hak individu dan masyarakat perlu saling menghormati keputusan orang lain.

"Ambil dan tidak ambil itu hak masing-masing, jadi tolong hormat keputusan sesama sendiri dan hentikan diskriminasi sesama kita," kongsinya lagi.

A post shared by Lana Nodin❤️David Mckienzie (@lananodinmckienzie)

Lana yang kini menetap di Amerika Syarikat mengulas perkara itu selepas melihat sebuah video tular yang membabitkan sebuah syarikat penerbangan.

Video yang dirakamkan oleh orang awam itu menunjukkan situasi di mana pramugari terpaksa menenangkan seorang penumpang yang mengamuk dan mendakwa tempat duduknya di dalam kapal terbang itu bersebelahan dengan individu tidak divaksin.

Bagaimanapun, kapten kapal terbang itu kemudiannya muncul dan memberikan teguran sebelum menyuruh penumpang itu keluar daripada kapal terbang kerana mengganggu kententeraman awam.

“Saya tahu betapa mencabarnya untuk kita berada dalam penerbangan kebelakangan ini, bagaimanapun tidak akan ada diskriminasi dalam penerbangan saya.

“Sama ada vaksin atau tidak vaksin, kita patut menghormati antara satu sama lain dan nampaknya anda mengalami kesukaran untuk melakukan perkara itu, sila tinggalkan penerbangan ini”

Tindakan kapten dan pramugari itu mendapat tepukan ramai kerana mempunyai kesabaran yang tinggi dan masih kekal bersopan sewaktu mengendalikan wanita tersebut.

Rata-rata penumpang juga menunjukkan rasa respek dengan menepuk tangan selepas mendengar kata-kata kapten itu.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!