Hiburan

“Mungkin Sebab Banjir” - Bekas Pesilat Negara Nafi Jual Pingat Kemenangan Dengan Nilai RM100!

gempak
Hanafis Haris
12/11/2020
16:16 MYT
Sponsor Banner
“Mungkin Sebab Banjir” - Bekas Pesilat Negara Nafi Jual Pingat Kemenangan Dengan Nilai RM100!
Semalam, dunia sukan dikejutkan dengan laporan yang mendakwa seorang atlet pesilat negara menjual beberapa pingat kemenangannya.
Menurut laporan sebuah akhbar tempatan itu, tiga barang yang dijual adalah pingat emas Kejohanan Silat Dunia 1994 di Hat Yai, gangsa Sukan Sea Chiang Mai Thailand 1995 serta baju silat Malaysia.
Kesemuanya dikatakan telah dijual kepada satu kedai barangan terpakai atau bundle di Kuala Lumpur dengan harga semurah RM100 lebih.
Walaubagaimanapun, sebaik laporan tersebut disiarkan, atlet tersebut melalui sidang media telah menafikan dakwaan berkenaan.
Menurut bekas pesilat wanita negara, Azlinda Ahmad, beliau belum terdesak sehingga mahu menjual pingat.
Namun, Azlinda tidak menolak kemungkinan pingat yang didakwa dijual kepada kedai barangan terpakai itu jatuh di tangan orang lain.
"Sebenarnya saya pun baru sedar perkara ini apabila membaca laporan akhbar hari ini.
“Saya terkejut dan terkilan dengan laporan itu yang tidak mendapatkan kepastian daripada saya sendiri.
"Saya ingin jelaskan bukan saya yang jual pingat itu. Bukan saya yang menjejakkan kaki ke kedai bundle seperti yang dikatakan,” katanya.
Jelas Azlinda lagi, buat masa ini dia sedang menyiasat dan akan mendapatkan kepastian daripada pemilik kedai bundle itu sendiri.
"Sebelum ini saya sering berpindah-randah dan rumah pernah dinaiki air akibat banjir dan mungkin sebab itu saya terlepas pandang, lagipun pingat itu sudah lama," kata Azlinda.
Sumber : Berita Harian Gambar: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024