Penyanyi Ezad Lazim menafikan bahawa terdapat salah faham di antara dirinya dengan kumpulan Exist selepas dia dilihat membawa diri dalam mini showcase secara solo tanpa menyertai Konsert Resolusi Exist pada 18 November nanti.

Menjelaskan perkara itu, Ezad memberitahu mereka sudah berbincang dan dia terpaksa menolak dari menyertai konsert bersama Exist kerana terlebih dahulu menerima tawaran untuk mengadakan mini showcase pada 25 dan 26 November ini.

“Sebenarnya saya menerima tawaran membuat showcase ini sebelum saya dipanggil untuk menyertai konsert mereka (Exist).

“Setelah berbincang dan membuat penilaian saya terpaksa membuat satu pilihan sahaja iaitu mini showcase setelah diambil kira juga kontrak yang saya terima.

“Bukan sebab kami bergaduh atau apa kerana saya tiada masalah dengan mereka,” katanya kepada Astro Gempak.

Ezad ditemui ketika siding media Mini Showcase Jiwa & Lagu Ezad Lazim anjuran New Dimension Sdn Bdh yang diadakan di Matic, pada Rabu.

Dalam pada itu, Ezad juga menafikan mamhu membolot keuntungan apabila melakukan showcase secara solo.

“Saya bukan buat konsert yang besar dan saya terima melakukan showcase solo pertama saya selama dalam industri. Saya anggap ini peluang berharga buat saya.

“Kalau orang kata saya nak makan seorang kenapa sebelum ini saya hadiri banyak undangan nyanyian seorang malah menyertai Gegar Vaganza musim kedua (GV2) juga seorang dengan membawa nama dan lagu Exist tiada orang pertikaikan?

“Nak cakap mengenai istilah makan seorang ini begini, semua orang ada peluang untuk ‘makan’, terpulang macam mana mereka nak mencarinya. Saya ingat ini rezeki saya kami memang tidak bergaduh,” katanya lagi.

Mini Showcase Jiwa & Lagu Ezad Lazim bakal diadakah di Hotel Aseania Resort & Spa Langkawi, Keda pada 25 dan 26 November ini.

Ezad bakal diiringi oleh Band Antu dibawah pimpinan penyanyi dan composer Adzrin Adzhar. Adzrin juga akan mebuat persembahan pembukaan selain akan berduet dengan Ezad.

Harga tiket mempunyai empat jenis iaitu RM279 (Gold), RM229 (Silver), RM199 (Bronze) dan RM179 (Standard).

Tiket-tiket boleh ditempah melalui talian hotline 011-70270028 atau ke https://onlineticket.vip