Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Mungkin Sudah Tiba Masanya…”- Daiyan Trisha Doa Jodoh Di Jabal Rahmah

Syafiqah Jalal
14/04/2022 06:54 MYT
Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha tidak melepaskan peluang untuk memanjatkan doa di Jabal Rahmah, Makkah agar dikurniakan seorang suami yang baik buatnya.

Kata Daiyan sudah tiba masanya untuk dia mendirikan rumah tangga.

“Jabal Rahmah merupakan lokasi pertemuan di mana Nabi Adam dan Siti Hawa bersatu pertama kali di bumi selepas dipisahkan beratus tahun di syurga.

“Jadi mengikut apa yang ramai katakan, jika berdoa meminta jodoh, di sinilah tempatnya. Jadi, jangan persoalkan jika saya melakukan perkara sama

“Ya Allah ya Tuhanku, semoga Kau pertemukan jodoh yang terbaik buat diriku. Mungkin sudah tiba masanya, aminkan cepat,”katanya.

Pelakon Projek: Anchor SPM berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri itu dia memuat naik fotonya yang berada di situ.

BACA: "Mana Tahu Ini Jodoh..."- Jumpa Di Makkah, Ramai Yang Kenenkan Naim Daniel & Daiyan Trisha

Dalam masa yang sama Daiyan turut akui pengalaman pertamanya mengerjakan ibadah umrah adalah sesuatu yang bermakna buat dirinya.

Daiyan dan keluarga bertolak ke tanah suci pada 10 April lalu.

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

#pelakon #Kahwin #Daiyan Trisha #Jodoh #Jabal Rahmah
;