Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Mungkin Tak Boleh Menyanyi Jika…”- Bakal Jalani Pembedahan, Irfan Haris Harapkan Suara Sumber Rezeki

Syafiqah Jalal 12/05/2022 | 13:58 MYT
Penyanyi Irfan Haris memaklumkan dia bakal menjalani pembedahan membuang tonsil pada Julai depan.

Buat masa ini, Irfan yang sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani rawatan di hospital beberapa hari lalu memberitahu dia terpaksa bergantung pada ubat-ubatan yang diberikan.

“Sekarang keadaan rasa semakin baik selepas keluar hospital semalam. Cuma saya terpaksa bergantung pada ubat dahulu lah.

“Namun saya tetap akan menjalani pembedahan membuang tonsil beberapa bulan lagi,” katanya kepada Astro Gempak.

Adik kepada Amirah Othman itu dihubungi Gempak selepas berkongsi keadaannya di Instagram yang menjalani rawatan di sebuah hospital.

BACA: “Rasa Down Sangat Sebab…”- Suara Sumber Rezeki, Irfan Haris Sedih Tonsil Makin Teruk

Pun begitu, Irfan memberitahu dia dinasihatkan untuk berehat dari menyanyi selama seminggu serta tidak terlalu memaksa diri untuk menyanyi sebelum pembedahan dilakukan.

“Saya akan kembali menyanyi untuk merakam lagu baharu minggu hadapan. Doktor nasihatkan supaya saya tidak terlalu memaksa untuk menyanyi.

“Jika tidak mungkin tekak saya makin teruk dan saya tidak boleh menyanyi,” beritahunya.

Sementara itu, pelantun lagu Pesan itu juga berharap agar selepas menjalani pembedahan ini keadaan suaranya semakin pulih.

“Selepas pembedahan nanti, saya kena rehat mungkin dalam sebulan dua tak boleh nyanyi dulu.

“Harapan Irfan cepat sembuh insya-Allah. Saya juga dapat banyak positif support dari followers.

“Bila down saya tak buat apa pun cuma sedih sikit, tapi slowly saya dapat semangat balik sebab banyak orang doakan,” kongsinya.

Pada 2019, Irfan yang ketika itu menyertai Big Stage musim kedua pernah mengalami sakit tekak yang teruk dan tetap meneruskan perjuangannya dalam program berkenaan.

#Penyanyi #pembedahan #Menyanyi #Irfan Haris #Tonsil #Suara
;