Laman Utama

“Rasa Down Sangat Sebab…”- Suara Sumber Rezeki, Irfan Haris Sedih Tonsil Makin Teruk

gempak
Syafiqah Jalal
11/05/2022
06:47 MYT
Sponsor Banner
“Rasa Down Sangat Sebab…”-  Suara Sumber Rezeki, Irfan Haris Sedih Tonsil Makin Teruk
Penyanyi Irfan Haris dimasukkan ke hospital selepas penyakit tonsil yang dialami selama setahun menjadi semakin teruk.
Irfan akui berasa amat sedih kerana tonsil telah memberi kesan kepada suaranya yang selama ini mejadi sumber rezekinya.
“Dah nak setahun tonsil aku tak baik-baik. Sekarang ini aku kena warded dekat hospital sebab tekak kian teruk.
“Dan aku rasa down sangat sebab suara aku, sumber rezeki aku,” luahnya.
Pelantun lagu Pesan itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya menerusi video yang dimuat naik. Ketika berada di hospital.
Adik kepada Amira Othman itu berharap sesiapa yang menonton video itu mendoakan kesihatannya supaya dia cepat sembuh.
“Siapa yang tengok video ni, doakan aku cepat sembuh please…” tulisnya.
Pada 2019, Irfan yang ketika itu menyertai Big Stage musim kedua pernah mengalami sakit tekak yang teruk dan tetap meneruskan perjuanagnnya dalam program berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024