Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Murah Dengan Senyuman, Netizen Puji Fazura Layan Peminat Di Mahkamah - “Peramah & Humble Orangnya”

Asyikin Mayudin
13/11/2024 09:55 MYT
Perkongsian video di TikTok memperlihatkan aktres dan usahawan terkenal, Nur Fazura bermesra dengan peminatnya ketika di mahkamah bagi urusan hak penjagaan anaknya mengundang pujian daripada netizen.

Bersalaman & bergambar

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok akaun Fazurafocus, Fazura dilihat sedang bersalaman dan bergambar dengan peminatnya yang berada di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa.

“Orang baik ramai yang sayang… humble saja Faz layan orang bergambar. Siap berebut lagi… mahkamah tukar tempat menjadi meet & greet Fazura,” tulis di perkongsian itu.

Rata-rata netizen memuji sikap Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin yang sentiasa murah dengan senyuman dan melayan sahaja permintaan peminatnya.

Sentiasa senyum

Fazura tu memang cantik. Pernah jumpa dia berapa kali. Tak sombong, senyum layan permintaan peminat dia. Pakaian dia sopan saja. Orang yang membenci dan menghina dia, tak dapat apa-apa dosa saja. Moga Fazura terus kuat tabah.

ARTIKEL BERKAITAN: Usai Keputusan Mahkamah Hak Penjagaan, Fattah Amin Kongsi Video Luang Masa Bersama Anak - “Daddy Tak Kisah Dukung Fatima Selalu Walaupun…”

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Dapat Hak Jagaan Fatima, Fattah Diberi Hak Lawatan Bermalam Dua Kali Sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Buat Perbandingan, Dakwa Lagu ‘Bertahan Demi Cinta’ Seakan OST ‘Syurga Yang Tak Dirindukan 2’?

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu Sangat ‘FYP’, Netizen Anggap Fattah Amin Dah Hilang Nilai Eksklusif - “Sekarang Ini Terlalu Awam, Mana-Mana Dia Saja”

“Tak nampak fake senyuman manis dan ikhlas. Peramah dan humble orangnya. Janganlah sebab satu kesalahan kita membencinye... hari ini dia diuji.

“Orangnya humble ruginya kalau orang tak pandai menghargainya. Orang baik semua sayang,” komen beberapa netizen.

Sekadar info, pada Selasa, mahkamah menetapkan hak penjagaan Nur Fatima Aisya kepada aktres berusia 41 tahun itu.

Manakala bekas suaminya iaitu Fattah Amin diberi hak bermalam dua kali sebulan dan lawatan tiga kali seminggu.

undefined
#Fazura #Nur Fazura #Mahkamah #Fazura mahkamah #Netizen puji #Video Fazura
;