Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Mus May & Oney Lipan Bara Bikin Lagu Naikkan Semangat Lawan Covid-19!

Amri Hassan
08/05/2020 10:26 MYT
Sebuah lagu baru dihasilkan bersempena pandemik Covid 19 dan menyaksikan paduan vokal dua penyanyi bersuara tinggi, Mus May dan Oney Lipan Bara. 

Lagu yang berjudul We Fight ini dihasilkan bertujuan untuk menjentik semangat rakyat Malaysia untuk sama-sama berjuang melawan wabak yang kini melanda dunia.

Bukan sahaja menyaksikan paduan dua vokal padu, namun lagu bergenre rock ini turut mempamerkan kerjasama para muzik handalan Malaysia terlibat dalam memberikan sumbangan mereka terhadap lagu yang diciptakan oleh Oney ini.

Para pemuzik yang terlibat dalam lagu We Fight ini adalah Firdaus Mahmud (pemain keyboard), Fly Halizor  (pemain bass), Ritz Metalasia (pemain gitar) dan Pae Naspa (pemain dram). 

Menariknya masing-masing merakamkan bahagian mereka beserta rakaman video di rumah sebelum digabung dan disunting oleh Oney sendiri. Sesi rakaman lagu ini dibuat secara normal baharu.

"Proses rakaman muzik dan vokal  bermula dari 21 hingga 23 April. 

"Selepas itu proses rakaman video pula mengambil masa 4 hari untuk dibuat di rumah dan studio rumah masing- masing.

"Oney telah mengumpulkan semua video dan audio dari semua  pihak dan membuat suntingan di rumahnya . 

"Hasilnya , pada 2 Mei lalu video tersebut berjaya dimuatnaik di laman YouTube untuk tontonan ramai," ujar Firdaus mewakili penggiat seni yang terlibat dalam lagu ini.

Mereka juga mengharapkan agar rakyat Malaysia sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk duduk di rumah dan memutuskan rantaian pandemik Covid 19.


 
#Mus May #COVID-19 #We Fight