,
Hiburan

Muzik Pupuk Semangat Positif Rakyat Malaysia Sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Elrafaei Sapi
07/05/2018
10:07 MYT
Dalam menyemarakkan semangat masyarakat negara ini turun mengundi pada 9 Mei ini, penyanyi Badri Ibrahim tampil dengan lagu versi baru buat rakyat Malaysia.
Lagu yang diberi judul Undilah Malaysia 2018 itu menyelitkan persembahan pelbagai bangsa dan bahasa dalam liriknya.
"Jika kita melihat media sosial ketika ini, apa saja mengenai politik saling kutuk-mengutuk sehingga mencetuskan perasaan negatif pada pengundi.
"Jadi, lagu ini dihasilkan untuk memberikan suatu semangat yang menyeronokkan pada rakyat Malaysia yang bakal keluar mengundi nanti," katanya kepada Astro Gempak.
Jelasnya, lagu ini bukan bertujuan menyebelahi mana-mana parti politik mahupun mempunyai agenda tersembunyi.
"Kami juga mahu tonjolkan semangat 1Malaysia iaitu perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum sebenarnya turut bersatu dan hidup aman damai tanpa mengira fahaman politik masing-masing," katanya.
Dalam video lagu berurasi 2 minit 15 saat ini menyaksikan Badri sebagai vokalis beraksi bersama rakan-rakannya dikenali sebagai kumpulan Malagos (Malaysia Amigos) terdiri daripada Sesatre yang bermain flute bansuri, Daeren Tan (ukulele), Richard Skin Chua (tabla), Raymond Vijay (cajon) dan Mages Chua (kazoo).
Menariknya, Badri juga menyanyi dalam bahasa Tamil dan Mandarin dalam lagu tersebut.
Lagu daripada idea asal Badri yang diterbitkan Super Red Music itu turut menjadi viral di media sosial termasuk dikongsi pengguna menerusi mesej WhatsApp.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Comelnya! Lihat Bagaimana Kontroversi Ini Akhirnya Menjadikan Rakyat Malaysia Kembali Bersatu!

gempak
21/08/2020
10:56 MYT
Melayu memakai cheongsam dan sari, Cina dan India pula memakai baju Melayu.
Berita

Malagos Ceriakan Suasana Aidilfitri Bersama 'Kita Rayo 2018'

gempak
12/06/2018
13:47 MYT
Berita

Seniman Tidak Memihak Kepada Pemerintah Semata-Mata

gempak
11/06/2018
08:40 MYT
Hiburan

"Seriously... Meremang Bulu Roma!" - Netizen Sebak & Menangis Tonton Video Kisah PRU14

gempak
25/05/2018
01:30 MYT
Viral

"Moga Rezeki Bertambah" - Wajah Syed Saddiq Pelaris Bazar Ramadan, Cadar & Sarung Bantal

gempak
24/05/2018
09:11 MYT