Selepas dilancarkan pada 9 September lalu, lagu Takdir Tercipta yang menggandingkan Adira dan Hafiz sudah boleh ditonton menerusi muzik video.

Menariknya, muzik vieo tersebut yang dimuat naik di saluran YouTube Nova Music Videos seolah-olah mengimbas kembali perjalanan kisah cinta Adira dan Hafiz.

Bagaimanapun menurut Hafiz, apa yang dipaparkan adalah sebuah cerita yang melengkapkan lagi lirik lagu itu.

“Kalau tengok muzik video ini sama macam drama. Ia ada jalan cerita tersendiri. Terpulang pada persepsi masing-masing.

“Saya dan Adira menjalankan tanggungjawab diberikan dengan cukup profesional. Saya percaya, apa yang dipaparkan berkaitan dengan lagu dan lirik.

“Secara peribadi, saya menganggap muzik video ini adalah hadiah buat peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kerjaya kami dari dulu hingga kini,” katanya.

Sementara itu bagi Adira, dia berharap muzik video itu diterima baik sekali gus mengubat kerinduan peminat.

“Apabila lagu ini dilancarkan, ramai bertanya bila muzik video akan dikeluarkan. Jadi, muzik video sudah ada dan diharap peminat menyukainya.

“Bagi saya, muzik video ini ada keistimewaan tersendiri menerusi jalan cerita yang dipaparkan,” katanya.

Muzik video itu yang diilham sepenuhnya oleh Hafiz Suip mendapat sentuhan pengarah Bobong Latif.
Bagi memenuhi permintaan peminat, Nova Music (M) Sdn Bhd akan melancarkan video muzik rasmi Takdir Tercipta, hari ini jam 3.00 petang di saluran YoutTube Nova Music Videos atau klik https://youtu.be/48hNRWso-jl