Antarabangsa

Muzium kereta untuk dijual bernilai RM1.16 bilion

Erywan
18/06/2019
08:26 MYT
Jika ada wang dan mahu memiliki sebuah muzium kereta, inilah masanya.
Gateway Auto Museum yang terletak di Colorado, Amerika Syarikat kini dibuka untuk jualan bersama koleksi 40 buah kenderaan klasik. Koleksi itu sudah semestinya berdarah American Muscle.
Tarikan paling istimewa sudah semestinya model konsep Oldsmobile F-88 keluaran1954 yang menggunakan casis Chevrolet C1 Corvette.
Harga yang anda perlu bayar cuma untuk keseluruhan pakej muzium dan koleksi kereta ialah AS$279 juta (RM1.16 bilion).
Sebelum terlupa, muzium yang dijual ini termasuk keseluruhan Gateway Resort yang mempunyai keluasan 6,919 ekar.
Model kereta paling tua dalam koleksi ialah Cadillac Model H Coupe 1906. Selain itu, ia juga didatangkan bersama Ford Mustang Shelby GT500 1967, Plymouth Hemi Cuda 1970 dan Pontiac GTO Judge 1971.
Hartanah itu juga termasuk empat bidang tanah dan tiga unit kediaman termasuk sebuah rumah dengan lapan bilik tidur.
Ada juga sebuah perpustakaan dua tingkat dan menara pemerhatian bersama teleskop untuk melihat bintang di langit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Ini Untuk Malaysia!" - Patung Lilin Atlet Negara Pertama Lee Chong Wei Bakal Sebaris Cristiano Ronaldo & David Beckham

gempak
04/03/2023
04:39 MYT
Patung Lilin Atlet Negara Pertama Lee Chong Wei Bakal Hiasi Muzium Di Hong Kong
Laman Utama

Saya Mahu Generasi Muda Kenal, Hargai Khazanah Lagu Klasik Melayu Kita" - Dayang Nurfaizah Teruja Lancar Belagu II

gempak
15/01/2023
05:23 MYT
Pra tempah album Belagu II sekarang!
Laman Utama

Daring Habis! Halsey Tunjuk Payudara Untuk Kulit Album - "Ia Tentang Keseronokan Ketika Hamil & Bersalin"

gempak
14/07/2021
05:50 MYT
Penggambaran dibuat di Met Museum, Amerika Syarikat.
Laman Utama

Setahun Meninggal, Keluarga Bangun Museum untuk Didi Kempot

gempak
27/06/2021
06:56 MYT
Sudah setahun Didi Kempot meninggal dunia dan meninggalkan sejuta karya lagu-lagu campursari, yang memang selama ini membesarkan namanya.
Laman Utama

Nad Zainal Namakan Anak Kedua Budi Kalsom, Klasik Sungguh!

gempak
06/04/2021
00:50 MYT
Lain daripada lain..