Hiburan

Didakwa Sedang Sakit, Azwan Ali Tampil Beri Penjelasan - "Jangan Sebarangan Nak Kecam Orang"

gempak
Khairil Khusyairi
08/02/2025
23:50 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Sedang Sakit, Azwan Ali Tampil Beri Penjelasan - "Jangan Sebarangan Nak Kecam Orang"
Pengacara sensasi, Azwan Ali menepis dakwaan sesetengah netizen apabila menuduh dirinya kini sakit kerana tampil dengan imej tua serta berkerusi roda dalam video muzik Lelaki Gila nyanyian Naim Daniel.
Menurut Azwan atau nama sebenar Mohamed Azwan Ali, 60, dia berasa kesal dengan sikap sesetengah individu yang membuat andaian tidak benar akan seseorang tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu.
“Apabila muzik video itu viral, ada yang timbulkan isu mengatakan saya sedang sakit. Saya terkilan kerana mereka kecam saya sakit dan berkerusi roda.
“Tolonglah jangan mengecam saya. Kalau saya tua dan sakit, saya memang akan guna kerusi roda. Tapi itu semua lakonan.
“Bezakan lakonan dengan realiti. Jangan sebarangan nak kecam orang,” katanya kepada Gempak.
Azwan yang mesra disapa Diva AA itu berharap netizen lebih berhati-hati sebelum meninggalkan sebarang komen di media sosial agar tidak menyinggung mana-mana pihak.
“Ya, saya akan mencecah 60 tahun, tapi saya tetap bangga. Semua orang akan tua.
“Benar saya sudah berusia namun tidaklah terlalu tua seperti di dalam video muzik itu.
“Saya harap netizen lebih berhati-hati sebelum meninggalkan komen,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Azwan kagum dengan kejayaan muzik video tersebut lebih-lebih lagi apabila pihak produksi ‘menuakan’ wajahnya dengan solekan.
“Saya bangga dengan Naim. Saya adalah orang pertama yang ‘sembur’ ‘siapa Naim Daniel’ beberapa tahun lalu.
“Inilah kejayaan muzik video ini dengan solekan untuk memberi kesan kepada watak orang tua yang saya bawa.
“Saya berkerusi roda pun sebab kehendak watak di dalam karya ini dan saya okay sahaja,” tegasnya.
Sebelum ini, Azwan Ali muncul dalam video muzik Lelaki Gila nyanyian Naim Daniel dengan imej berusia dan berkerusi roda sehingga mencetuskan persoalan ramai mengenai kondisi kesihatannya kini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024