"My Last Ride With My Black Baby... Goodbye Baby" - Kamal Adli Ucap Selamat Tinggal Pada Kesayangan

Badrul Hashim
Mac 5, 2019 23:19 MYT
Betullah kata orang, ada sesetengah lelaki menganggap motosikal mereka seperti teman wanita yang dijaga sepenuh hati.
Begitu juga dengan Kamal Adli yang akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat motosikal kesayangannya.
"Good bye baby. Sumpah banyak gilaaa dugaan selama saya menjaga awak.
"Excident orang lain buat. Sadai bengkel 2 tahun. Saya repair balik awak mahal nok harem," tulis Kamal pada satu entri gambar bersama motosikal kesayangannya.
Menurut Kamal, selepas dibaiki, dia pula berlanggar bersama motosikal kesayangannya itu. Nasibnya baik kerana pelanggaran kecil sahaja.
"Repair balik awak sebab sayang. Dah elok kene curi pulak dengan org jahat.
"Lepas tu polis jumpa balik awak (thank you Polis DiRaja Malaysia) simpan kat balai setahun sebab mcm give up," keluh Kamal.
"Tapi ambik jugak kat balai repair lagi sekali and it's time untuk lepaskan awak kat org yang lebih baik dan bertanggungjawab.
"Thank you my black babyy. Tolong jgn lupakan saya. Ingat moment kita time jatuh tu okk," tulis Kamal.
Semoga selepas ini Kamal Adli berjumpa dengan teman wanita sejati dan bukan sebuah motosikal.
Kredit Gambar: Instagram
#pelakon #Kamal Adli #Pelakon #Kamal Adli