Hiburan

“My Lips Are Getting Dry & Really Thirsty” – Alvin Chong Berjaya Puasa, Hampir Putus Asa

gempak
Mya Amri
08/05/2019
10:19 MYT
Sponsor Banner
“My Lips Are Getting Dry & Really Thirsty” – Alvin Chong Berjaya Puasa, Hampir Putus Asa
Penyanyi dan pelakon, Alvin Chong akui mencuba berpuasa kerana mempunyai ramai sahabat yang beragama Islam.
Menurut Alvin, dia hampir berputus asa sewaktu cuba berpuasa di hari pertama Ramadan semalam.
Alvin juga mendedahkan sepanjang berpuasa mukanya ditumbuhi jerawat, mengalami bibir kering selain suaranya juga hampir hilang.
“First attempt to complete full fasting. (Almost GIVE UP!!!),” tulisnya.
Menerusi entri tersebut juga, Alvin juga turut memuat naik video pendek yang merakamkan perjalanan puasanya di hari pertama.
“The reason of me fasting is because I have a lot of Muslim friends.
“And last year I only managed to fast for 6 hours max. This year I wanted to challenge myself to complete a full fasting day. Sending much love to all my Muslim friends. Selamat berpuasa,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komennya aktres, Fazura juga memuji tindakan Alvin yang cuba berpuasa.
Selain itu, pengikutnya juga turut memberikan galakan dan kagum dengan usaha Alvin yang tidak mudah putus asa.
“Proud of you, buat setakat terdaya je tapi kalau boleh masih bertahan teruskan ok. I know you can do it,” komen @eyylla
“Kita bangga dengan Alvin kerana berusaha puasa hingga ke petang tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri okay,” puji @rosez_love.
Terdahulu, Alvin mula dikenali selepas membintangi drama Dia Semanis Honey bersama Siti Nordiana dan Alif Satar dan juga Awak Suka Saya Tak bergandingan dengan Emma Maembong.
Foto: @alvinchong123
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live