Superhero telah keluar untuk memainkan peranan mereka selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Di Kelantan, sekumpulan pekerja dari sebuah gerai makan di Kampung Kota telah mengenakan kostum yang menyerupai Spider-Man, Black Panther, Flash dan Kamen Rider ketika mereka melakukan perkhidmatan bayar waktu terima (COD).



Menurut laporan New Straits Times, pemilik Warong Poksu Superhero, Mohd Fakri Rabys berkata dia mendapat idea itu setelah memikirkan cara alternatif untuk menjana pendapatan dalam tempoh PKP.

Individu yang berusia 35 tahun itu juga ingin memberi keceriaan dan hiburan kepada golongan yang berasa tertekan dalam tempoh MCO. Oleh sebab itu, lahirlah idea tersebut.

"Ketika Warong Poksu Superhero ditutup pada awal PKP, saya mengemukakan idea untuk perkhidmatan COD membekalkan beras, telur, sayur-sayuran dan produk lain.

"Saya memiliki kira-kira 25 kostum superhero. Saya telah memutuskan untuk menggunakannya untuk menjana pendapatan. Saya ingin kelihatan berbeza dengan perkhidmatan penghantaran yang lain.

"Setiap hari, saya memakai pakaian yang berbeza seperti Spiderman, Batman, the Flash, Black Panther dan Bumblebee dari Transformers ketika membuat penghantaran," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fakri turut memastikan dia mengikuti prosedur kebersihan dan jarak sosial yang betul semasa membuat penghantaran.

Anda memang hero! Kami di Gempak sentiasa mendoakan kesejahteraan wira yang bertugas.

Buat pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!




Sumber: New Straits Times/ Rojak Daily