Pelbagai kisah yang dikongsikan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 12 Mei ini.

Tular di media sosial mengenai seorang suami yang membuat keputusan untuk membawa pulang isteri dan anaknya ke kampung halaman di Pulau Langkawi.

Disebabkan keadaan kewangan yang tidak mencukupi selepas diberhentikan kerja akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), keluarga kecil ini sanggup meredah jalan menggunakan motosikal dari Puchong ke Kuala Perlis.



"Semalam sepasang suami isteri dan seorang anak kecil yg menaiki motosikal di lebuhraya telah ditahan oleh anggota keselamatan barisan hadapan dalam sekatan jalanraya.

"Sewaktu disoal, si suami menjelaskan bahawa mereka dari Puchong menuju ke Kuala Perlis untuk balik ke Langkawi.

"Beliau juga menunjukkan surat buang kerja dari majikan dan dia sudah putus punca pendapatan akibat PKP serta mengambil keputusan nekad untuk pulang ke kampung di Langkawi," tulisnya.

Khabar terbabit dikongsi di pelbagai platform viral di laman sosial.

SEMOGA SELAMAT SAMPAI DI LANGKAWI. . Semalam sepasang suami isteri dan seorang anak kecil yg menaiki motorsikal di lebuhraya telah ditahan oleh anggota keselamatan barisan hadapan dalam sekatan jalanraya. . Sewaktu disoal, si suami menjelaskan bahawa mereka dari Puchong menuju ke Kuala Perlis untuk balik ke Langkawi. . Beliau juga menunjukkan surat buang kerja dari majikan dan dia sudah putus punca pendapatan akibat PKP serta mengambil keputusan nekad untuk pulang ke kampung di Langkawi. . Menitis air mata petugas menahan sebak melihat kepayahan keluarga muda tersebut dengan anak kecil yg masih belum mengerti kesusahan yang ditanggung kedua ibubapanya. . Mereka dilepaskan untuk meneruskan perjalanan mereka. . Semoga mereka selamat sampai ke destinasi. . -Kisah ini diceritakan sendiri oleh anggota berkenaan- . . Kredit : Peneng Press

A post shared by BERITA MALAYSIA TERKINI (@999malaysia) on




Dalam pada itu, petugas barisan hadapan berkenaan bertindak melepaskan keluarga itu untuk meneruskan perjalanan.

"Menitis air mata petugas menahan sebak melihat kepayahan keluarga muda tersebut dengan anak kecil yang masih belum mengerti kesusahan yang ditanggung kedua ibu bapanya.

"Mereka dilepaskan untuk meneruskan perjalanan mereka. Semoga mereka selamat sampai ke destinasi," tulisnya lagi.

Kisah menyayat hati itu dikongsikan oleh pegawai yang sedang bertugas menjaga sekatan jalan raya itu.

Anda memang hero! Kami di Gempak sentiasa mendoakan kesejahteraan frontliner yang bertugas.

Buat pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.