Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak kita apa juga bentuk bantuan pastinya akan meringankan beban banyak pihak.

Hal yang patut dicontohi sebuah stesen minyak di Shah Alam yang mengagihkan barangan keperluan harian percuma kepada pelanggannya!

Perkara itu dikongsikan pemilik Facebook stesen minyak berkenaan baru-baru ini.

"Setiap bungkusan yg kami akan berikan, anggarannya lebih kurang 500g utk setiap bungkus. Tertakluk kepada 1 bungkus untuk seorang sehari.

"Tiada sebarang soalan yang akan ditanya kepada anda. Anda hanya perlu datang, dan minta beras dari kami. Dan kami akan berikan 1 bungkus beras kepada anda.

"Tiada sebarang agenda tersembunyi. Kami hanya ingin berterima kasih kepada anda kerana sentiasa memberi sokongan yang padu kepada kami," tulis pengendali akaun itu.


Inisiatif itu bermula sejak 27 Mac lalu.

Biasanya, barangan tersebut akan diletakkan di atas sebuah meja di hadapan kaunter jurujual apabila orang awam mula menyalurkan lebih banyak bantuan dari semasa ke semasa.

Antara barangan keperluan harian yang diagihkan percuma merangkumi beras, tepung gandum, gula, garam dan susu tepung.

Anda memang hero! Kami di Gempak sentiasa mendoakan kesejahteraan frotliner yang bertugas.

Buat pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!