Laman Utama

Naatu Naatu Dari Filem India, RRR Dinobat Best Original Song, Lagu Rihanna Tewas Di Golden Globe Awards 2023

Amri Hassan
11/01/2023
09:54 MYT
Golden Globe Awards kali ke-80 berlangsung dengan jayanya selepas sempat dilanda kontroversi, hari ini.
Salah satu kemenangan yang menjadi perhatian adalah dalam kategori Best Original Song apabila satu satunya calon lagu dari filem bukan berbahasa Inggeris dinobatkan sebagai pemenang.
Ia adalah Naatu Naatu yang diambil dari filem India berbahasa Telugu, RRR.
Dihasilkan oleh M.M. Keeravani, lagu tersebut ditulis oleh Chandrabose dan didendangkana oleh Rahul Sipligunj bersama Kaala Bhairava.
Naatu Naatu malah membanggakan karyawan seni India apabila mengalahkan lagu tema filem Where the Crawdads Sing (Carolina - Taylor Swift), Guilermo del Toro's Pinocchio (Ciao Papa - Alexandre Desplat), Top Gun: Maverick (Hold My Hand - Lady Gaga), dan Black Panther: Wakanda Forever (Lift Me Up - Rihanna).
M.M Keeravani yang hadir ke anugerah berprestij tersebut naik ke pentas dan menyampaikan ucapannya.
“Terima kasih banyak untuk penghargaan yang sangat luar biasa ini. Saya masih tidak percaya momen luar biasa ini terjadi,” katanya seperti dilaporkan Indian Express.
Filem yang disutradarai oleh S.S. Rajamouli dengan mengangkat kisah penjajahan dan kemerdekaan itu juga menerima pencalonan dalam kategori Best Non-English Language Film.
RRR menjadi fenomena di Amerika Syarikat pada awal tahun ini selepas versi bahasa Hindi ditayangkan di saluran penstriman Netflix.
Selain RRR, industri perfileman India sebelum ini telah pernah diiktiraf dalam beberapa kategori lainnya.
Ini termasuklah kategori Best Original Score yang dimenangi AR Rahman menerusi Danny Boyle’s dari filem Slumdog Millionaire. Rahman juga dicalonkan dalam kategori sama untuk karya 127 Hours.
Shantaram’s Do Aankhen Barah Haath pula pernah melakar sejarah apabila membawa pulang penghargaan Best Non-English Language Film pada tahun 1957 silam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Penuh Dengan Warna-Warni Budaya, Ini 5 Filem Yang Mengetengahkan Realiti Berbilang Kaum Di Malaysia!

gempak
16/07/2024
13:55 MYT
Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang kaum. Didominasi oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, perkara ini memberi kesan besar dalam sektor perfileman tanah air.
Hiburan

A.R Rahman Bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Ini Hal Yang Dibincangkan!

gempak
10/07/2024
06:36 MYT
Meskipun jadual padat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertemu dengan penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman di Bangunan Parlimen, semalam.
Hiburan

A.R Rahman Cerita Momen Nostalgia Jumpa Mendiang Michael Jackson, Hampir Rakam Lagu Bersama - "Sayangnya Dia Pergi Lebih Dahulu"

gempak
09/07/2024
15:41 MYT
Penyanyi dan komposer terkenal India, A.R Rahman berkongsi momen nostalgik bersama Raja Pop Dunia, mendiang Michael Jackson ketika hayatnya sekitar 15 tahun lalu.
Viral

Lelaki Gigit Ular Hingga Mati, Percaya Jadi Penawar Racun

gempak
09/07/2024
00:33 MYT
Tindakan seorang lelaki di India yang percaya apabila dia mengigit balik ular yang mematuknya untuk melemahkan bisa reptilia itu telah berjaya menyelamatkannya dari ajal.
Hiburan

Kenapa Kaya Sangat? Keluarga Ambani Bakal Langsungkan Majlis Perkahwinan 'Crazy Rich Asians' Sebenar!

gempak
06/07/2024
16:24 MYT
Anant Ambani, 29, akan disatukan dengan teman wanitanya, Radhika Merchant, dalam sebuah majlis yang dilabel sebagai 'wedding of the year'.