Keadaan menjadi panik dan huru hara apabila studio berasap ketika pengacara Nabil Ahmad bersama hos Hawa dan Che Puan Serimah Ibrahim sedang mengemudi siaran langsung program MeleTOP malam semalam.

Nabil bagai tak percaya malah diarah keluar segera dari studio berkenaan untuk ke studio lain bagi menyambung siaran MeleTOP yang tergendala.

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Namun Nabil bagai terkejut apabila dibawa ke studio baru yang dalam masa yang sama terus dinyanyikan lagu hari jadi sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37 semalam.

Air mata Nabil sekali lagi jatuh apabila semua ibu bapa dan ahli keluarganya hadir dalam program itu untuk meraikan hari jadinya.

Rupanya apa yang berlaku hanya ‘prank’ yang dirancang khas oleh pihak MeleTop untuk pengacara setia mereka.

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Malam semalam istimewa apabila semua ahli keluarga yang hadir membongkar sifat dan sisi lain seorang bernama Nabil Ahmad

Bagaimanapun rancangan itu masih lagi diteruskan dengan segmen sesi temu bual biasa bersama tetamu-tetamu jemputan lain.

Antara yang menariknya adalah kehadiran aktor Syafiq Kyle dan Faizal Husien yang hadir untuk mempromosikan drama bersiri One Cent Thief.

One Cent Thief sebuah drama Astro Original Series yang mempunyai 8 episod dan akan ditayangkan setiap hari Sabtu, jam 9 malam bermula 8 Oktober depan.

A post shared by MeleTOP (@meletop)