Luar daripada kebiasaan apabila pelawak terkenal Nabil Ahmad menyandingkan juara Gegar Vaganza 2019, Naqiu dan Elizabeth Tan dalam filem sulung arahannya, Mat Bond Malaya!
Gabungan Naqiu dan Elizabeth itu menjadi tarikan utama filem terbitan KMN Production.
Lebih menarik sebenarnya, Mat Bond Malaya merupakan filem yang mendapat sentuhan Nabil daripada segi pengarahan, lakon layar dan skrip.
Jadi, unsur komedi santai menjadi tunjang utama kepada penceritaan keseluruhan Mat Bond Malaya.
Mat Bond Malaya turut menampilkan ramai cameo antaranya Datuk Yusof Haslam, Datuk Seri Aliff Syukri, Datuk Ramli MS, Syafiq Kyle, Ning Baizura, Han Byul, Didie Alias dan ramai lagi.
Uniknya juga, penonton akan menyaksikan kemunculan empat pengarah hebat tanah air iaitu Aziz M Osman, Michael Ang, Mamat Khalid dan Ghaz Abu Bakar. Nak tahu bagaimana kemunculan mereka kenalah tengok nanti!
Mat Bond Malaya mengisahkan tentang Mat yang ingin menjadi seorang ejen perisik di M6. Dengan bantuan ibunya, dia berjaya bekerja di M6, tetapi sebagai ‘office boy’. Pada masa yang sama, dia mula menyukai salah seorang ejen jelita bernama Bondi. Mat telah dicabar oleh G untuk mengambil gambar bersama Bondi.
Namun Mat tidak berjaya dan disebabkan kalah dalam pertaruhan, Mat terpaksa menjadi pembantu peribadi kepada G dalam menguruskan bahagian penyamaran identiti. Satu hari dunia telah digemparkan dengan serangan virus zombie yang disebarkan oleh Dr Ebel.
Ramai yang terkena virus tersebut termasuklah ejen-ejen di M6 dan Bondi. Mat tiada pilihan melainkan dan perlu mencari penawar bagi menyelamatkan semua orang sebelum virus tersebut merebak ke seluruh dunia.
Kata Penerbit Eksekutif Filem Mat Bond Malaya, Datuk Khairil Muzamil Abd Rahman, pemilihan Naqiu dan Elizabeth akan membuka perspektif baharu kepada peminat mereka dan industri perfileman tempatan.
"Kami merasakan kedua-dua mereka sesuai dengan karakter dan mampu menggerakkannya dengan baik. Tambahan pula, gandingan ini tidak pernah lagi ditonjolkan di mana-mana sebelum ini.
"Kami harap, filem ini mampu memberi kepuasan kepada penonton serta bakat-bakat hebat yang menjayakan filem Mat Bond Malaya dapat merancakkan lagi industri filem tempatan," katanya.
Tambah Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad pula, filem Mat Bond Malaya mengetengahkan bakat kreatif yang lari daripada bidang masing-masing sebelum ini.
"Seperti yang umum tahu, kredibiliti beliau dalam pengacaraan dan pelawak memang tidak perlu disangkal lagi dan kehadiran filem Mat Bond Malaya menyaksikan satu lagi anjakan paradigma buat karier Nabil Ahmad.
"Ini juga membuktikan bahawa Astro Shaw sentiasa menyokong dan mengangkat pengarah-pengarah baru dalam mempersembahkan karya mereka. Kami harap filem yang akan ditayangkan bermula pada Hari Raya Haji ini, mampu mengisi masa penonton dengan hiburan, jenaka dan jalan cerita yang segar, lebih-lebih lagi istimewa buat mereka yang merindui komedi bersahaja daripada Nabil Ahmad," ujarnya.
Saksikan filem Mat Bond Malaya yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 20 Julai 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook,Twitter Astro Shaw.
Amri Hassan
Sat Jul 17 2021


Naim Daniel, Datuk Jamal, Faizal Tahir, Raihan Semarakkan Garden Of Eid Festival, Eh Ahmad Pun Adalah!
Ramainya artis top-top gitu.

Caprice Kata Jebat Derhaka 'Feeling' Macam Artis, Tak Berani Datang 'Face To Face' - "Hang Tak Ada Tel*r!"
Caprice jemput Jebat Derhaka face-to-face!

“Ingatkan Raya Je Rupanya Anak Pun Keluar Mengejut” - Anzalna Kongsi Kisah Lucu Bersalin Baby Kedua
Anzalna tak pernah tak lucu haha.
![Selamat Pagi Cikgu | Mizi Take It Easy [Episod 4] Selamat Pagi Cikgu | Mizi Take It Easy [Episod 4]](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/360/1968387/thumbnails/5820789901653362025297_640x390.jpg)
Selamat Pagi Cikgu | Mizi Take It Easy [Episod 4]
Episod akhir kali ni ada tetamu jemputan iaitu "team jahat" . Apa Team Jahat tu nak buat kat team Mizi ni?? Saksikan Mizi Take It Easy setiap Selasa jam 12 tgh di Astro Gempak! #MiziTakeItEasy #GempakOriginalSeries

Ustazah Asmak Husin Tegur Kenyataan Ifa 'Belum Pakai Tudung Tapi Allah Jemput 3 Kali Ke Makkah' - "Tetap Berdosa Walau Dah ..."
Jika kita meninggalkan suruhan Allah tetap berdosa walaupun 10 kali ke Makkah.

“Korang Carikanlah Untuk Kita” - Soal Jodoh, Ziana Zain Tak Berani Nak…
setelah hampir empat tahun bergelar ibu tunggal...

Keluang Man Bakal Muncul Dengan Live Action! Ramai Dah Tak Sabar, Ini Nama Pelakon-Pelakon Saranan Netizen
Menarik juga nama-nama yang dicadangkan ni.

"Apa Nak Jadi Dengan Malaysia Ni?" - Alvin Chong Dedah Sering Terima Gambar Kemaluan Lelaki, Perempuan & Budak Sekolah Di DM
Ini nasihat Alvin kepada pengguna media sosial
.jpg?ext=.jpg)
Cheta Potpet Sedia Satu Peti Duit Raya, Agih RM20,000 Kepada Orang Ramai Serbu Open House - "Kali Ni Saya Lepas Geram!"
Banyak tu... untung siapa datang open house Secret Desire!

Kesiannya Kanak-Kanak 2 Tahun Lebam Mata Kiri, Pemandu Tular Buat Pusingan U Haram Rupanya Tiada Lesen!
Tak fasal-fasal orang lain jadi mangsa, kesiannya...