Pengacara Nabil Mahir memberitahu dia terpaksa membatalkan majlis resepsi sebelah lelaki ekoran peningkatan kes Covid-19.

Majlis yang dijadualkan berlangsung pada 9 Januari 2021 di Langkawi, Kedah itu terpaksa dibatalkan demi keselamatan keluarga dan tetamu.

"Semalam birthday Mama. 9.1.21 sepatutnya tarikh resepsi belah saya di Langkawi.

"Preparation bermula selepas pertunangan dan semuanya dah ready. Surprise untuk Mama pun ada.

"Tapi memandangkan kes sangat tinggi, kami sekeluarga putuskan untuk membatalkan majlis itu untuk keselamatan tetamu dan keluarga. Asal buat yang wajib, kita dah happy!

"Kita boleh plan. Tapi Allah lagi mengetahui. Redha dan Insya-Allah Allah berikan yang lebih baik," kongsi Nabil menerusi entri di Instagram.

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir)


Nabil dan penyanyi Ayda Jebat telah selamat disatukan pada 1 Januari 2021 di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Nabil melamar Ayda selepas menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan.
Pasangan selebriti itu mencuri tumpuan apabila melangsungkan majlis pertunangan dalam talian pada 28 April 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan.