Hiburan

Nabil Gembira, Berjaya Temubual Jackie Chan & Nicole Kidman

Rozaimi Zubaidi
27/02/2017
03:22 MYT
Pelawak Nabil Ahmad kini berada di Los Angeles sebagai hos karpet merah untuk Anugerah Akademi ke-89 (Oscars).
Hasrat Nabil untuk menemubual beberapa bintang ternama Hollywood tercapai selepas menunggu beberapa jam di karpet merah tersebut.
Antara selebriti yang berjaya ditemui Nabil antaranya Jackie Chan, Mario Lopez, Nicole Kidman dan Salma Hayek.
Nabil yang dihubungi oleh HBO secara langsung menerusi panggilan video berkata misi mendapatkan selebriti untuk ditemubual bukanlah satu perkara yang mudah.
"Suasana di karpet merah sangat meriah dan saya berpeluang untuk melihat sendiri artis antarabangsa lalu dihadapan saya.
"Memang tak mudah nak menemubual mereka tetapi saya bersyukur kerana berjaya mendapatkan Nicole Kidman dan Salma Hayek.
"Saya cuba juga untuk dapatkan Emma Stone dan Ryan Gosling namun tidak berjaya.
"Apa yang saya boleh katakan ini merupakan pengalaman pertama yang hebat dan saya takkan lupakan sampai bila-bila," katanya.
Dalam pada itu gelagat Nabil ketika menemubual selebriti di karpet merah juga dikongsikan oleh wakil HBO Asia, Amyer Zulfadly menerusi Insta Story sebentar tadi.
Anugerah Oscar bersiaran secara langsung di Hollywood Dolby Theatre, Los Angeles.
Disini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik Nabil di karpet merah Oscars:
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nabil Ahmad Mohon Cuti Dengan Bos ERA Guna Billboard Gergasi - "Saya Dah Lama Minta, Tapi Susah Nak Lulus"

gempak
17/07/2024
16:55 MYT
Penyampai radio ERA Nabil Ahmad tampil dengan aksi unik memohon cuti dengan majikannya, Dhen, menggunakan papan layar iklan gergasi di Bukit Bintang.
Hiburan

Shuk Sahar Dedah Shuib Bagi Pinjam Wang Sehingga RM10,000, Nabil Ahmad & Ebby Yus Pula Terus ‘Bank In’ - “Ada Yang Sampai Bini Suruh Block”

gempak
10/07/2024
02:55 MYT
Pernah hilang sumber pendapatan disebabkan terpalit kontroversi, pelawak dan pengacara Shuk Sahar mendedahkan rakan sepejuangannya iaitu Shuib pernah meminjamkan wang sehingga RM10,000 kepadanya.
Hiburan

“Kita Kena Sedar Bila Masuk Dalam Industri Ini Kena Terima Yang…” - Nabil Ahmad

gempak
09/07/2024
06:55 MYT
Penyampai radio Era FM iaitu Nabil Ahmad berkata seorang selebriti yang memilih untuk masuk dalam industri seni perlu belajar untuk menerima kritikan memandangkan bukan semua orang meminati.
Hiburan

Artis & Pendakwah Bersatu Tunjuk Sokongan Untuk Palestin Melalui Malaysia4Palestine

gempak
26/05/2024
03:45 MYT
Soladiriti artis dan pendakwah Malaysia untuk Palestin.
Hiburan

Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”

gempak
06/05/2024
00:55 MYT
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.