Sehari selepas kehilangan kucing kesayangannya, pelakon Nabila Huda mengakui memerlukan masa untuk melawan kesedihan yang dialaminya.
Namun, Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil sedar bahawa dia perlu meneruskan kehidupan, walaupun sukar untuk melupakan setiap momen bersama ‘anak’ kesayangannya itu.
BERITA BERKAITAN : "Sentiasa Gembira & Dimurahkan Rezeki" - Fazura Terima Sejambak Bunga & Kad Ucapan Dari Fattah Amin Sempena Birthday
“Saya pun tak pasti, mungkin ambil masa sedikit. Mungkin seminggu, mungkin dua minggu. Tak pasti.
“Tapi kena ganggu diri sendiri dengan buat kerja.
“Insha-Allah… perlahan-lahan. Sebab bila kita kehilangan ‘anak’, memang akan rasa sedih,” katanya kepada Gempak.
Semalam, Abil yang dihubungi Gempak dalam keadaan bersulam tangis, memberitahu bahawa Aoki, kucing yang dijaganya sejak tahun 2010, mati selepas beberapa hari keadaannya semakin merosot akibat masalah buah pinggang.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya sebelum ini, dia sering berkongsi rutin hariannya dalam menjaga Aoki.
Nabila juga memberitahu bahawa Aoki tidak mempunyai harapan untuk pulih sepenuhnya kerana penyakit itu sudah berada di tahap empat.
“Secara jujur, saya memang mengharapkan mungkin Aoki boleh pulih.
“Tapi bila orang cakap kena terima hakikat, jadi saya kuatkan semangat. Bayangkan Aoki bersama Abil 15 tahun, masa yang sangat lama.
“Jadi Aoki ini umpama jiwa dan raga Abil,” tambahnya.
Meninjau laman media sosialnya, Abil masih berkongsi video kenangan bersama kucing kesayangannya itu.