Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nabila Huda Kongsi Momen Awal Perkenalan Dengan Suami - “Masa Kenal Dia Bukan Suka Saya Pun…”

Asyikin Mayudin
06/10/2023 06:50 MYT
Pelakon Nabila Huda mendedahkan pada mulanya suaminya iaitu Mohd Izwan Johor tidak berminat dengannya pada awal perkenalan mereka.

Nabila ketika menjadi tetamu di sebuah stesen radio mengakui dia yang memulakan langkah dahulu dengan berkenalan dan membawa Izwan bertemu dengan anaknya, Keisha Laila.

“Masa perkenalan saya dengan dia itu pun dia bukan suka saya pun. Jujur dia cakap dengan saya pun, dia memang tak minat sangat. Lagi-lagi saya selebriti kan.

“Macam artis, macam… eh tak minatlah, tak suka tapi saya yang approach dia. Saya kawan dengan dia dulu, berkenalan dengan dia dan kemudian saya bawa dia jumpa anak saya dulu.

“Saya nak tengok, sebab kita ni bila dah jadi single mother, the most important thing is lelaki pilihan kita tu boleh terima anak kita atau tak. Kalau dia tak boleh terima, dah, kau boleh berambus dari hidup aku,” katanya.

Hati Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil mula terpikat selepas melihat kemesraan Izwan bersama anak perempuannya itu dan memasang impian untuk mengahwini lelaki itu.

“Lepas itu saya cuba tengoklah, macam mana kan. Bila dia datang jumpa Keisha… ikutkan Keisha pula memang susah nak dekat dengan orang. Kemudian saya tengok, Keisha jatuh cinta terus.

“Cara dia pegang Keisha tu, saya tahu dia seorang pencinta kanak-kanak yang memang boleh dengan budak-budak. Saya dah jatuh cinta dengan dia terus waktu itu.

“Saya cakap ‘ini memang kena jadi suami aku ni, aku tak kira dia nak ke aku tak ke aku akan cuba dapatkan sampai dapat. Aku akan cari mak bapa dia’. Macam itu sekali,” kongsinya lagi.

Malah, pelakon filem Rahsia ini juga sanggup menunggu selama dua tahun dan mereka akhirnya mula bercinta selepas mendirikan rumah tangga.

“Kemudian saya tanya dia ‘bila you nak kahwin’. Lepas itu dia cakap lagi dua tahun dan saya sanggup tunggu dia. Lepas itu dia cakap ‘kau ini gila ke apa’. Yes, I am crazy.

“Saya tunggu dia, lepas dua tahun, dia terus bagi saya tarikh nikah dan tempat dekat mana. Tepat dua tahun, dan selepas kahwin barulah kita orang bercinta,” ujarnya.

Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Izwan pada 2015.

Sebelum itu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani pada 2008 namun perkahwinan mereka berakhir pada 2011. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila yang kini berusia 13 tahun.

BACA SINI: “Babak Kena Rasuk, Jadi Ramlah, Buka Pasang Balik…” - Nabila Huda Pakai Kanta Lekap, Blackout!


#Nabila Huda #Izwan Johar #Suami Nabila
;