Laman Utama

“Babak Kena Rasuk, Jadi Ramlah, Buka Pasang Balik…” - Nabila Huda Pakai Kanta Lekap, Blackout!

gempak
Mya Amri
04/09/2023
03:50 MYT
Sponsor Banner
“Babak Kena Rasuk, Jadi Ramlah, Buka Pasang Balik…” - Nabila Huda Pakai Kanta Lekap, Blackout!
Pelakon Nabila Huda mengakui antara cabaran melakonkan watak Ramlah dalam filem reboot Rahsia adalah memakai kanta lekap.
Menurut Nabila, dia berasa agak gementar untuk memakai kanta lekap berwarna putih itu kerana menutupi seluruh pandangannya.
“Abil paling benci kena pakai contact lens ni sebab dia totally blackout. Susah nak berlakon dengan movement yang banyak.
“Ye lah sebab tak nampak, risau ada props kat all over the place. Lilin lagi…. Eh macam-macam lah she overthinking masa tu! Mak-mak kan. Safety 1st! Haha.
“Lepas tu untuk scene yang kena rasuk and then back to Ramlah, kena buka and pasang balik contact lens tu..stress jugak ek,” coretnya di Instagram miliknya.
Bagaimanapun Nabila menyatakan dia tetap menyukai kerjayanya sebagai seorang pelakon kerana dapat melakukan pelbagai eksperimentasi terhadap lakonannya.
“Tapi this is why i love being an actress! Setiap watak penuh dengan cabaran yang berbeza nak kena selesaikan.
“That's why i'm still here because i love my profession so much!! Please watch #Filemrahsia in cinemas now!!” tulisnya.
Hantaran itu juga turut disertakan dengan video pendek aksi belakang tabir penggambaran filem itu.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kesungguhan dan dedikasi Nabila sebagai Ramlah.
“Abil best sangat lakonan you. You are the best, please please ada next filem horor,” @izyana_izyan
“Satu je nak cakap kau memang hebat Abil. Watak apa pun menjadi, aku yang tengok cerita ni kat pawagam menjerit,” @sharul _kimie
BACA: “Rahsia Ni Another Level, Lakonan First Class!” - Nabila Huda Digelar Next Primadona Malaysia
BACA: “Suami Suruh Buang Karakter Itu Baru Jumpa Dia” - Watak Ramlah Buat Perangai Nabila Huda Jadi Lain
Sebelum ini, filem terbitan Astro Shaw dan Five Star Trading mendapat pujian pengarah Aziz M Osman.
Rahsia mendapat sentuhan pengarah berbakat, Shamyl Othman iaitu anak kepada sutradara asal naskhah Rahsia 1987, Othman Hafsham.
Manakala skrip pula dihasilkan oleh creator drama premium Astro, One Cent Thief iaitu Alfie Palermo.
Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular.
Watak Ramlah yang dijayakan oleh Noor Kumalasari, kini dilakonkan oleh Nabila Huda. Manakala, watak Hamdan oleh Shukery Hashim digerakkan oleh Fikry Ibrahim.
Barisan pelakon lain termasuk Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.
Rahsia membawa tagline Dia Takkan Pergi manakala lagu berjudul Alunan Lara adalah lagu tema rasmi Rahsia yang dinyanyikan oleh Njwa.
SINOPSIS:
Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga. Ramlah pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami, Hamdan dan anak-anak, Marina dan Saiful.
Keadaan menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba lesap sewaktu mereka berkelah di tepi pantai.
Pihak polis yakin Saiful hilang di persisiran pantai, namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik.
Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi pencarian, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan.
Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu.
Jangan lupa saksikan Rahsia yang kini berada di pawagam seluruh negara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024