Hiburan

Nabila Razali Cari Hero Untuk Muzik Video Peluang Kedua, Tunggu Kerajaan Benarkan Aktiviti Penggambaran

Fiza Kamarudin
20/05/2020
04:00 MYT
Penyanyi Nabila Razali dia dan pihak pengurusannya dalam perancangan untuk membuat penggambaran bagi muzik video Peluang Kedua.
Nabila berkata, terdapat kejutan pada muzik video (MV) yang dijangka memulakan penggambaran selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.
“Kami dalam usaha pembikinan muzik video, saya dan pihak pengurusan juga masih mencari hero untuk MV berkenaan. InsyaAllah kalau semua berjalan lancar ada kejutan untuk muzik video berkenaan.”
“Sekarang kami hanya menunggu pihak kerajaan membenarkan aktiviti penggambaran dijalankan sahaja. Kita doakan situasi wabak Covid-19 ini berakhir dengan segera” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Nabila Razali mencipta sejarah tersendiri buat dirinya apabila lirik video Peluang Kedua mencapai lima juta tontonan dalam tempoh sebulan dilancarkan di laman Youtube.
Malah, video tersebut menjadi tempat luahan perasaan apabila lebih 12,000 komen pendengar yang berkongsi kisah hidup berkaitan peluang kedua mereka.
“Alhamdulillah, saya tak sangka lagu ini mendapat perhatian sebaik ini sehingga mendapat lima juta tontonan dalam tempoh sebulan walaupun ia hanya lirik video.
“Ramai yang dengar sambil berkongsi kisah hidup masing-masing tentang peluang kedua mereka, saya baca semua komen-komen mereka di Youtube kerana banyak pengajaran daripada kisah-kisah mereka itu,” ujarnya.
Peluang Kedua merupakan lagu ciptaan sepenuhnya Hael Husaini yang mengisahkan tentang penyesalan seorang tentang kesilapan yang pernah dilakukan di dalam sesebuah perhubungan dan inginkan peluang kedua. Dalam pada itu, Nabila berkata, lagu tersebut turut menjadi lagu paling banyak distrim di semua pelantar digital sejak dilancarkan April lalu.
“Saya dapat maklum balas yang baik, ramai yang buat cover dan ramai kanak-kanak yang sudah menghafal lagu tersebut.
“Selain itu, lagu itu juga menjuarai carta RIM (Recording Industri Malaysia) walaupun baru minggu pertama dilancarkan,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dari Tragedi Ke Kejayaan: Kisah 5 Individu Bangkit Berjuang

gempak
16/07/2024
08:53 MYT
Peluang kedua akan selalu hadir dalam kehidupan seseorang. Namun adakah seseorang yang pernah ‘jatuh’, berdepan tragedi dan melalui episod hitam dalam kehidupan mahu memanfaatkan peluang kedua yang datang untuk kembali bangkit.
Hiburan

Nabila Razali Seronok Beraya Di Kelantan, Suka Panggilan Mek Nab - “Nama Tu Macam Cool Juga Kan”

gempak
17/04/2024
01:55 MYT
Comel pula nama panggilan Mek Nab tu kan.
Viral

Beraya Di Kelantan, Nabila Razali Jadi Perhatian - “Comeynyo Mek Nab! Sempoi Bagi Duit Raya Tanpa Sampul”

gempak
14/04/2024
06:57 MYT
Comel je panggil Nabila Mek Nab.
Hiburan

Nabila Razali Dah Ada Jawapan Untuk Soalan Zuriat Di Hari Raya - “Kalau Ada Orang Bertanya, Itulah…”

gempak
09/04/2024
00:55 MYT
Insya-Allah ada rezeki nanti.
Advertorial

Nak Rumah Terbuka Korang Ditaja & Dapat Beraya Dengan Nadhir Nasar, Nabila Razali, Dato' Azizul Awang dan CIMB Octo? Wow!

gempak
28/03/2024
03:25 MYT
Wah bestnya!