Nacots, Pengesan Genetik Kanser Dinobat Sebagai Juara INNOVATHON
Izwan Isa
03/09/2023 04:50 MYT
03/09/2023 04:50 MYT
Produk Nacotsl dinotbatkan sebagai juara INNOVATHON pada minggu kelapan program INNOVATHON yang disiarkan Sabtu lalu.
Menerusi finale, Nacots dipersembahkan sebagai peranti perubatan bagi mengesan DNA beraplikasi pintar yang dapat mengesan hadirnya genetik kanser hanya dengan menerusi pemeriksaan pada darah.
Memerlukan dana kajian pasaran, produk ini telah pun memiliki dua paten dan enam hak cipta. Penyelidikan Nacots juga menerima tajaan mosti sebanyak RM1.2 juta.
Merupakan peserta wildcard pada minggu pertama, Prof Madya Dr. Zainiharyati Mohd Zain merupakan individu di sebalik terciptanya Nacots. Beliau merupakan pensyarah kimia di UITM dan telah berkhidmat selama 25 tahun.
Selain itu, beliau juga merupakan Timbalan Pengarah di Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UiTM serta bergelar Ketua Kumpulan Penyelidikan Electrochemical Material and Sensor (EMAS) Fakulti Sains Gunaan UiTM. Nacots merupakan hasil kolaborasi pakar-pakar berkaitan (jurutera, pakar IT, doctor perubatan) dari Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Perubatan Malaysia, KKM.
Pentas akhir INNOVATHON semalam menyaksikan para finalis sekali lagi membentangkan produk inovasi mereka dengan penambahbaikan yang lebih menarik.
Nacots membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan hadiah pelaburan sokongan pembangunan perniagaan bernilai sehingga RM1 juta ringgit.
Produk Putra UAV 2.0 yang dinobatkan sebagai naib juara membawa pulang wang tunai sebanyak RM80,000 dan Plastic To Fuel meraih tempat ketiga (RM50,000).
Sementara itu, The Other Self berada ditempat keempat dan membawa pulang wang tunai RM10,000 sementara MAID5 di tempat kelima, membawa pulang wang tunani berjumlah RM5,000.
INNOVATHON merupakan sebuah rancangan realiti TV inovasi pertama di Malaysia, inisiatif bersama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Astro.
Setiap minggu, lapan inovator akan berentap dari minggu pertama hingga minggu ketujuh. Justeru, setiap inovator terbaik mingguan akan terus melayakkan diri ke pentas akhir bagi merebut gelaran juara INNOVATHON yang pertama.
Idea inovatif dan kreatif para inovator diadili oleh lima orang panel juri profesional termasuklah Menteri Ekonomi; YB Rafizi Ramli, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YB Chang Lih Kang, selebriti dan usahawan terkenal; Fazura, serta dua lagi pemain industri sebagai juri profesional jemputan. Selain itu, 100 orang juri awam daripada pelbagai latar belakang yang berperanan sebagai pengguna akan menggalas tanggungjawab sebagai juri awam.
Program realiti TV yang dihoskan oleh pengacara ternama Awal Ashaari dan Datin Lisa Surihani ini bersiaran mulai 15 Julai 2023, jam 9 malam di saluran Astro RIA dan Astro GO.
BACA: Dron Daun Nanas Raih Perhatian Juri, Putra UAV 2.0 Pemenang Minggu Ke-7 INNOVATHON