gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Saya Tak Kutuk Pun, Cuma Nasihat…” – Isu Tiada ‘Killer Song’, Man Bai Dah Jumpa Aina Abdul, Hubungan Kekal Baik
HIBURAN
Serik Tengok Pergaduhan Pengguna Jalan Raya, Ryzal Ibrahim Tak Jadi Nak Aktif Kembali Berbasikal - “Saya Pulangkan Balik…”
HIBURAN
Ridzokumura Simpan Dalam Pasport, Bawa Nota Terakhir Arwah Isteri Kemana Sahaja - “Masih Tak Kuat, Menggigil Saya Tengok…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Nad Zainal Dimasukkan Ke ICU Akibat Jangkitan Kuman Di Paru-Paru

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
22/11/2022
13:09 MYT
Sponsor Banner
Nad Zainal Dimasukkan Ke ICU Akibat Jangkitan Kuman Di Paru-Paru
Pelakon Nad Zainal dilaporkan kini berada di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri, dipercayai akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Menurut pengurus kepada selebriti Sherry Al Hadad dan juga rakan baik Nad Zainal iaitu Aina Liza, dia dimaklumkan keadaan aktres berusia 32 tahun itu stabil namun masih dipantau di ICU.
“Saya difahamkan Nad Zainal mengalami jangkitan kuman di paru-paru (lung infection). Tapi saya tak tahu sebenarnya bila dia kena tu.
“Yang saya dapat maklumat dari pembantu peribadinya, dia baru saja dimasukkan ke ICU. Tapi doktor kata keadaannya sekarang stabil cuma masih di ICU.
“Sebelum ini dia memang ada pergi pemeriksaan doktor tapi ingatkan tak serius. Mungkin long covid tapi tula saya pun tak berapa pasti apa,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Aina menerusi laman Intastory miliknya pada Selasa memohon semua orang mendoakan keadaan Nad Zainal yang kini dirawat di ICU.
Perkara itu turut disahkan oleh wakil produksi Nad Zainal kepada Gempak.
"Saya mohon doa-doa semua kepada heroin kita Nad, yang dimasukkan ke ICU kerana jangkitan kuman paru-paru.
"Beberapa prosedur telah dilaksanakan, dia kini stabil menurut laporan doktor," maklumnya.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Nad Zainal
#Jangkitan
#ICU
#COVID-19
#Paru-Paru
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement